the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, December 7, 2025
25 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pindaan Akta Racun 1952 perketat kawalan bahan psikotropik

PUTRAJAYA: Pindaan Akta Racun 1952 (Akta 366) menunjukkan komitmen berterusan kerajaan, terutamanya Kementerian Kesihatan (KKM), dalam memerangi penyalahgunaan bahan terkawal melalui pendekatan penguatkuasaan lebih mantap dan menyeluruh.

KKM dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam kenyataan bersama memaklumkan bahawa Akta Racun 1952 merupakan undang-undang utama yang mengawal penggunaan, pemilikan, dan pengedaran racun serta bahan psikotropik di Malaysia.

“Cadangan pindaan ini bertujuan meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan terhadap kesalahan penyalahgunaan racun dan bahan psikotropik. Ia juga memastikan tindakan lebih pantas dan responsif dapat diambil bagi menangani ancaman terhadap kesihatan awam dan keselamatan negara,” kata KKM dan KDN.

Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Racun (Pindaan) 2025 bagi memperkasakan penguatkuasaan terhadap aktiviti haram melibatkan penyalahgunaan racun dan bahan psikotropik.

RUU itu diluluskan dengan sokongan majoriti selepas dibahaskan oleh 12 Ahli Parlimen daripada kerajaan dan pembangkang. Antara perkara utama dalam pindaan ini termasuk pemerkasaan kuasa pegawai penguat kuasa, latihan, pemantauan, serta kawalan lebih ketat terhadap senarai racun dan bahan terlarang, termasuk bahan dalam produk vape.

Pindaan ini turut memperluas kuasa penguatkuasaan kepada semua anggota polis tanpa mengira pangkat, serta pegawai lain yang dilantik oleh Menteri Kesihatan, termasuk dari kementerian atau agensi lain jika diperlukan.

Menurut kenyataan itu, sebelum ini hanya tiga kategori pegawai diberi kuasa penguatkuasaan, iaitu Pegawai Penguat Kuasa Dadah (ahli farmasi dalam perkhidmatan awam), pegawai polis berpangkat Inspektor ke atas, dan pegawai kanan Kastam.

“Dalam amalan, tugas rondaan dan pemeriksaan sering dilakukan oleh pegawai rendah polis seperti konstabel dan koperal. Perluasan kuasa ini akan meningkatkan kecekapan dan capaian operasi penguatkuasaan,” jelas KKM dan KDN.

Selain itu, terdapat kawasan yang tidak mempunyai kehadiran tetap pegawai berkuasa di bawah akta ini. Bagi menutup jurang ini, RUU turut memperuntukkan kuasa kepada Menteri Kesihatan untuk melantik pegawai lain bagi membantu pelaksanaan penguatkuasaan apabila diperlukan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Alfa Romeo Marks the Quadrifoglio Legacy with Exclusive Giulia and Stelvio Collezione Models

Alfa Romeo has introduced two highly exclusive creations, the Giulia Quadrifoglio Collezione and Stelvio Quadrifoglio Collezione, developed in tribute to one of the brand’s most enduring icons — the Quadrifoglio. The emblem, first painted onto Ugo Sivocci’s Alfa Romeo RL when he won the 1923 Targa Florio, became the mark of the brand’s racing machinery for decades. In 1963 it shifted from the circuit to the road with the Giulia Ti Super, and from then on it distinguished Alfa Romeo’s most powerful and exclusive road-going models.That pivotal year forms the inspiration for this new Collezione series, which has been limited to just 63 units worldwide. Two Giulia units have been earmarked for the UK, while the rest will be distributed across Europe, the Middle East, China and Japan.
spot_img

Popular Categories