the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, December 7, 2025
26 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Infineon labur RM30b, wujudkan 1,500 pekerjaan di Malaysia

KUALA LUMPUR: Pelaburan mega oleh Infineon Technologies bukan sahaja melonjakkan Malaysia sebagai pusat pengeluaran semikonduktor global, malah mewujudkan 1,500 peluang pekerjaan bergaji tinggi kepada rakyat Malaysia, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan potensi pelaburan RM30 bilion itu semasa Misi Pelaburan dan Perdagangan ke Jerman, susulan pertemuan dengan pengurusan tertinggi Infineon di sana.

“Kini, potensi itu telah menjadi realiti. Infineon Technologies, gergasi semikonduktor dari Jerman, telah memulakan tambahan pelaburan sebanyak RM30 bilion untuk pembinaan kilang 200mm Silicon Carbide (SiC) Power Fab terbesar di dunia di Kulim Hi-Tech Industrial Park, Kedah,” katanya dalam hantaran di platform X, hari ini.

Tengku Zafrul berkata fasa pertama kilang ini bukan sahaja sudah siap, malah telah mula beroperasi, menandakan pengiktirafan kerajaan negeri terhadap peranan kerajaan pusat dalam menarik pelaburan bernilai tinggi ke Kedah.

Komitmen Infineon itu juga kata beliau, turut memberi manfaat kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan melalui Program Pembangunan Vendor Tempatan yang dilancarkan pada 15 Jan, 2025, yang kini menyokong 139 syarikat tempatan.

Pelaburan ini adalah komitmen yang sangat signifikan dan bukti keyakinan Infineon terhadap Malaysia. “Daripada potensi, kita jadikan realiti,” katanya- BERNAMA

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

AKPS nafi video deepfake ketua pengarah sokong bantuan

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia menafikan dua video deepfake yang meniru identiti Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, bagi tujuan penipuan.
spot_img

Popular Categories