the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, December 10, 2025
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Anwar Ibrahim tekankan perubahan berfasa dalam PKR

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu komited dalam melaksanakan perubahan secara berperingkat.

Beliau menekankan prinsip islah mastata’tum, iaitu berusaha melakukan reformasi dengan sedaya upaya.

Anwar, yang juga Presiden PKR, berkata perkara itu disampaikan semasa pertemuan dengan PKR Wilayah Persekutuan di Putrajaya.

“Kita tidak mampu menyempurnakan segalanya dalam sekelip mata, tetapi reformasi ini tetap kita bawa ke hadapan, setahap demi setahap,“ katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau mengingatkan bahawa kekuatan PKR bergantung pada nilai dan kerja akar umbi.

“Cabang-cabang mesti terus hidup dengan program yang benar-benar menyantuni rakyat tanpa mengira kaum, umur atau latar belakang,“ ujarnya.

Anwar turut menyambut baik teguran dan kritikan dalam perjuangan parti.

“Saya sentiasa bersedia mendengar apa jua teguran dan kritikan, namun sedikit kesal kerana tiada isu pokok yang diketengahkan. Yang kedengaran cuma satu: ‘Turunkan Anwar’,“ katanya.

Beliau juga mengalu-alukan usul undi tidak percaya sekiranya dibawa ke Parlimen.

“Silakan. Ini negara demokrasi. Usul itu satu proses yang sah. Jika cukup jumlah, bawa saja ke Parlimen,“ tegasnya.

Anwar mengakui Kerajaan MADANI tidak sempurna tetapi komited untuk memperbaiki kelemahan.

“Apa yang kurang, akan kita baiki. Apa yang belum selesai, akan kita usahakan,“ katanya.

Beliau turut menyentuh langkah kerajaan dalam mengurangkan beban rakyat, termasuk menurunkan harga RON95 kepada RM1.99 untuk rakyat Malaysia dengan menarik subsidi daripada warga asing.

“PKR mesti kekal sebagai parti masa depan, parti yang terbuka menerima teguran, matang dalam bertindak dan bersatu dalam tujuan,“ tegas Anwar. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Hang Lung Expands Retail Portfolio in Wuxi, Marking Another Milestone of Their V.3 Strategy

ONG KONG AND SHANGHAI - Media OutReach Newswire - 9 December 2025 - Hang Lung Properties Limited (SEHK Stock Code: 00101) ("Hang Lung" or the "Company") today announced a partnership with Wuxi Liangxi City Development Group Co., Ltd.* to secure a long-term operating lease for a landmark commercial redevelopment project in central Wuxi.

Most Viewed

Kes rasuah lesen mineral Albert Tei di Sabah bermula April depan

Perbicaraan kes rasuah lesen mineral melibatkan ahli perniagaan Albert Tei dan dua bekas ADUN Sabah dijadualkan bermula pada 20 hingga 24 April depan di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu.
spot_img

Popular Categories