the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, December 8, 2025
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ahmad Zahid perkukuh hubungan Malaysia-New Zealand di Wellington

WELLINGTON: Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, meneruskan lawatan kerja rasmi ke New Zealand dengan fokus memperkukuh hubungan dua hala dalam pelbagai bidang.

Beliau memulakan hari ketiga lawatan dengan pertemuan bersama Menteri Pembangunan Maori, Tama Potaka, di Parlimen New Zealand. Pertemuan ini membincangkan dasar pembangunan komuniti pribumi serta potensi kerjasama dengan Malaysia dalam memperkasa komuniti Orang Asli.

Ahmad Zahid turut mengadakan mesyuarat dua hala bersama Timbalan Perdana Menteri New Zealand, David Seymour, diikuti penandatanganan surat hasrat (LOI) bagi memperluas kerjasama masa depan.

Selain itu, beliau melawat Masjid Kilbirnie dan berinteraksi dengan Persekutuan Persatuan Islam New Zealand (FIANZ) bagi mengeratkan hubungan dengan komuniti Islam tempatan.

Forum Halal yang diadakan di Perpustakaan Negara New Zealand menjadi platform penting untuk memperkukuh kerjasama dalam industri halal, khususnya eksport makanan dan pensijilan.

Ahmad Zahid juga menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) dalam bidang pendidikan tinggi, membuka peluang lebih luas kepada pelajar Malaysia melanjutkan pengajian di New Zealand.

Lawatan beliau dijadual berakhir pada Jumaat (18 Julai) selepas pertemuan dengan Menteri Pertanian, Perdagangan dan Pelaburan New Zealand serta lawatan ke Pusat Pengurusan Krisis Kebangsaan negara itu. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Alfa Romeo Marks the Quadrifoglio Legacy with Exclusive Giulia and Stelvio Collezione Models

Alfa Romeo has introduced two highly exclusive creations, the Giulia Quadrifoglio Collezione and Stelvio Quadrifoglio Collezione, developed in tribute to one of the brand’s most enduring icons — the Quadrifoglio. The emblem, first painted onto Ugo Sivocci’s Alfa Romeo RL when he won the 1923 Targa Florio, became the mark of the brand’s racing machinery for decades. In 1963 it shifted from the circuit to the road with the Giulia Ti Super, and from then on it distinguished Alfa Romeo’s most powerful and exclusive road-going models.That pivotal year forms the inspiration for this new Collezione series, which has been limited to just 63 units worldwide. Two Giulia units have been earmarked for the UK, while the rest will be distributed across Europe, the Middle East, China and Japan.
spot_img

Popular Categories