the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, December 8, 2025
22 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Akaun palsu guna AI papar wajah, suara Agong dikesan RPO

KUALA LUMPUR: Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (RPO) melaporkan pengesanan satu akaun video palsu di Facebook yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk meniru wajah dan suara Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Perkara itu disahkan menerusi hantaran rasmi di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Menurut RPO, video tersebut disebarkan dengan menampilkan suara Seri Paduka Baginda, kononnya menawarkan pelaburan berisiko tinggi dengan jaminan keuntungan.

“Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dan tidak mudah terpengaruh dengan akaun-akaun palsu seperti ini yang sering digunakan oleh sindiket penipuan di media sosial,” menurut kenyataan RPO.

Pihak berkuasa turut menegaskan bahawa penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di bawah undang-undang.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat mengikut peruntukan undang-undang,” tegas RPO. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories