the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, December 2, 2025
23.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Isu jaminan makanan jadi fokus perbahasan Belanjawan 2026

Tumpuan senator pada pertanian moden dan pembangunan komuniti dalam Belanjawan 2026

KUALA LUMPUR: Isu keterjaminan makanan menjadi tumpuan utama perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 di Dewan Negara.

Enam senator membangkitkan perkara itu pada hari pertama sesi perbahasan.

Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mencadangkan pelaksanaan pertanian berteknologi tinggi seperti pertanian presisi dan pertanian menegak.

“Golongan muda perlu didedahkan dengan pertanian ini. Mereka tidak perlu bergelumang kotor, lumpur, cukup dengan berpakaian ala-ala saintis, duduk di dalam kabin, atau bangunan dengan mengawal suhu,” katanya.

Beliau berkata kaedah itu dapat mengurangkan kebergantungan negara terhadap import makanan.

Senator Abun Sui Anyit pula mencadangkan Sarawak dimajukan sebagai jelapang padi baharu negara.

Beliau berkata negeri itu memiliki tanah pertanian yang luas dan berpotensi tinggi.

“Pembangunan industri padi Sarawak pula hanya diperuntukkan RM1.5 juta.

Bagi saya jumlah ini masih belum mencukupi, sedangkan hasrat kita ialah untuk menjadikan Sarawak sebagai jelapang padi,” katanya.

Jabatan Pertanian di Sarawak menerima peruntukan RM28 juta bagi program jaminan makanan.

Jabatan Pengairan dan Saliran negeri itu pula mendapat RM9 juta di bawah inisiatif sama.

Senator Manolan Mohamad pula membangkitkan isu perumahan dan pembangunan masyarakat Orang Asli.

Beliau mencadangkan dana kerajaan dibahagikan dengan lebih terperinci untuk usahawan dan anak muda komuniti itu.

Manolan turut mencadangkan ladang Tanam Semula Komersial (TSK) diserahkan kepada jawatankuasa penduduk tempatan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membentangkan Belanjawan 2026 untuk bacaan kali kedua.

Persidangan Dewan Negara akan bersambung esok.ebergantungan negara terhadap import makanan.

Senator Abun Sui Anyit pula mencadangkan Sarawak dimajukan sebagai jelapang padi baharu negara.

Beliau berkata negeri itu memiliki tanah pertanian yang luas dan berpotensi tinggi.

“Pembangunan industri padi Sarawak pula hanya diperuntukkan RM1.5 juta. Bagi saya jumlah ini masih belum mencukupi, sedangkan hasrat kita ialah untuk menjadikan Sarawak sebagai jelapang padi,” katanya.

Jabatan Pertanian di Sarawak menerima peruntukan RM28 juta bagi program jaminan makanan.

Jabatan Pengairan dan Saliran negeri itu pula mendapat RM9 juta di bawah inisiatif sama.

Senator Manolan Mohamad pula membangkitkan isu perumahan dan pembangunan masyarakat Orang Asli.

Beliau mencadangkan dana kerajaan dibahagikan dengan lebih terperinci untuk usahawan dan anak muda komuniti itu.

Manolan turut mencadangkan ladang Tanam Semula Komersial (TSK) diserahkan kepada jawatankuasa penduduk tempatan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membentangkan Belanjawan 2026 untuk bacaan kali kedua.

Persidangan Dewan Negara akan bersambung esok.

Related

spot_img

Latest

HKU TEC Leads 30 Startups to Partake in HKTDC Entrepreneur Day 2025

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 2 December 2025 - The University of Hong Kong Techno-Entrepreneurship Core (HKU TEC) will organise 30 developing startups to participate in the HKTDC Entrepreneur Day, an entrepreneurial event to be held on 4th and 5th December 2025 at the Hong Kong Convention and Exhibition Centre.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories