the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, December 9, 2025
26.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sarawak tingkat peruntukan UNIFOR RM10 juta untuk perkukuh perpaduan agama

Premier Sarawak umum tambahan RM10 juta untuk UNIFOR 2026, bawa jumlah peruntukan sejak 2017 kepada RM120 juta bagi sokong rumah ibadat

KUCHING: Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) terus menjadi tunjang kepada usaha memperkukuh perpaduan dan keterangkuman di Sarawak.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata UNIFOR melambangkan dasar keterangkuman kerajaan negeri yang menjadi antara tunjang Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 2030.

“Dengan menyokong dan menyelaras hal-hal berkaitan kumpulan agama bukan Islam, UNIFOR telah membantu mewujudkan persekitaran di mana keharmonian antara agama bukan sahaja dipelihara malah dipupuk secara aktif,“ katanya.

Beliau berkata Sarawak diiktiraf sebagai contoh hidup bersama yang harmoni dan menjadi model perpaduan kepada negeri lain di rantau ini.

Abang Johari berkata UNIFOR ditubuhkan pada 2017 dengan misi jelas bagi memastikan semua komuniti agama lain diberikan bantuan yang diperlukan.

“Setiap tahun sejak penubuhannya, kami memperuntukkan dana yang disalurkan melalui UNIFOR sebagai geran untuk membiayai pembinaan dan pembaikan rumah ibadat agama lain di seluruh Sarawak,“ ujarnya.

Beliau mengumumkan tambahan peruntukan RM10 juta untuk UNIFOR bagi tahun 2026.

Peruntukan tambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan sejak penubuhan UNIFOR sebanyak RM120 juta. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Malaysia’s Day 1 Winners Bring Heart, Vision, and Progress to ACES Awards 2025

BALI, INDONESIA - Media OutReach Newswire - 9 December 2025 - Malaysia opened the ACES Awards 2025 with a powerful showcase of organisations that are redefining leadership across sustainability, healthcare, infrastructure, finance, and digital innovation.

SoéPay Now Offers Tap to Pay on iPhone for Merchants to Accept Contactless Payments

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 9 December 2025 - SoéPay now enables its Hong Kong merchants to seamlessly and securely accept in-person contactless payments with Tap to Pay on iPhone.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories