the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

79 kes rasuah libat PDRM catat kebimbangan integriti – KPN

Ketua Polis Negara dedah 79 kes rasuah libat PDRM, seru perkuat budaya integriti dan strategi pembanterasan rasuah organisasi.

KUALA LUMPUR: Sebanyak 79 daripada 1,022 kes rasuah yang dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dari Januari hingga September tahun ini melibatkan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata hal itu menunjukkan isu integriti dalam pasukan masih memerlukan perhatian dan tindakan berterusan.

Beliau mengingatkan warga PDRM agar terus memperkukuh budaya integriti serta meningkatkan pengawasan dalaman.

“Sebagai agensi penguat kuasa utama negara, menjadi tanggungjawab kita memastikan integriti sebagai teras utama dalam setiap tindakan dan keputusan,” katanya pada Majlis Pengiktirafan Tolak Rasuah dan Sambutan Bulan Integriti Peringkat PDRM 2025 di Maktab PDRM.

Mohd Khalid berkata Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard turut merekodkan 1,523 kertas siasatan tatatertib yang dibuka atas pelbagai kesalahan termasuk 47 kes melibatkan rasuah.

PDRM komited dalam pembangunan Strategi Pembanterasan Rasuah Organisasi yang berpaksikan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional.

“Saya menyeru semua jabatan dan formasi berganding bahu dalam usaha ini bagi memastikan strategi pembanterasan rasuah PDRM dapat dibangunkan dengan komprehensif,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan atas kejayaan PDRM meraih Anugerah Perak dalam Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah 2025.

Mohd Khalid menyampaikan Sijil Pengiktirafan Tolak Rasuah kepada 41 pegawai dan anggota polis serta Anugerah Integriti kepada lapan pegawai polis.

Penerima anugerah menunjukkan keteguhan prinsip menolak rasuah walaupun ditawarkan sogokan antara RM200 hingga RM250,000.

“Anda semua adalah model peranan yang perlu dicontohi, semoga pengiktirafan ini menjadi penyuntik semangat kepada seluruh warga PDRM,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings