the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, January 14, 2026
24.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Amir Daniel raih emas pertama judo Malaysia di Sukan SEA 2025

Atlet judo negara Amir Daniel Abdul Majeed meraih pingat emas pertama untuk kontinjen Malaysia di Sukan SEA 2025 di Bangkok.

BANGKOK: Atlet negara Amir Daniel Abdul Majeed membutirkan pingat emas pertama kem judo pada Sukan SEA 2025.

Beliau menjuarai kategori bawah 81 kilogram (kg) lelaki di Rajamangala Auditorium, Rajamangala University of Technology Thanyaburi hari ini.

Atlet berusia 21 tahun itu meraih emas selepas menewaskan wakil Filipina Ferrer John Viron.

Terdahulu, Amir Daniel mara ke pusingan akhir selepas menewaskan wakil Indonesia Hartato Diki pada separuh akhir.

Kejayaan itu menjadi satu pencapaian baharu buat Amir Daniel selepas meraih gangsa dalam acara bawah 73kg pada dua edisi lepas.

Dalam pada itu, atlet wanita Nor Izzatul Fazlia Mohamad Tahir turut menyumbang pingat gangsa bagi kategori atas 78kg.

Related

spot_img

Latest

Newly rebranded OpenMove AI targets RM119.4b digital transformation market

Newly rebranded OpenMove AI Bhd has begun trading under the stock code “OMAI,” marking its transition from Rexit Bhd into an AI-led digital transformation partner as it positions itself to capture opportunities in Malaysia’s fast-growing RM119.4 billion digital transformation market.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories