the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, December 7, 2025
25.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Belanjawan 2026 ada berita baik untuk rakyat dan penjawat awam

SEPANG: Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menzahirkan keyakinan bahawa Belanjawan 2026 tidak akan mengecewakan rakyat Malaysia khususnya golongan penjawat awam.

Beliau menyatakan bahawa belanjawan tersebut mesti ada berita baik tetapi enggan mendedahkan butiran lanjut kerana ianya masih rahsia.

“Belanjawan mesti ada berita baik… tapi rahsialah, tak boleh (dedah)… tapi yakin bahawa memang ada berita baik,“ katanya ketika ditanya tentang harapan terhadap Belanjawan 2026.

Shamsul Azri berkata demikian kepada media selepas majlis perasmian Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan kali keempat.

Beliau juga berkata berita baik yang bakal diumumkan itu adalah manifestasi komitmen Kerajaan MADANI untuk terus menjadi kerajaan yang prihatin terhadap rakyat.

Belanjawan 2026 dijadual dibentangkan di Dewan Rakyat pada 10 Oktober ini sebagai siri keempat Belanjawan MADANI.

Belanjawan ini dirangka untuk memulihkan daya tahan fiskal, memperkukuh asas ekonomi dan meningkatkan taraf hidup rakyat.

Belanjawan kali ini akan terus menelusuri tiga tonggak utama Ekonomi MADANI iaitu menaikkan siling pertumbuhan negara, meningkatkan lantai taraf hidup rakyat dan memacu pembaharuan khususnya dalam tatakelola yang baik. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Alfa Romeo Marks the Quadrifoglio Legacy with Exclusive Giulia and Stelvio Collezione Models

Alfa Romeo has introduced two highly exclusive creations, the Giulia Quadrifoglio Collezione and Stelvio Quadrifoglio Collezione, developed in tribute to one of the brand’s most enduring icons — the Quadrifoglio. The emblem, first painted onto Ugo Sivocci’s Alfa Romeo RL when he won the 1923 Targa Florio, became the mark of the brand’s racing machinery for decades. In 1963 it shifted from the circuit to the road with the Giulia Ti Super, and from then on it distinguished Alfa Romeo’s most powerful and exclusive road-going models.That pivotal year forms the inspiration for this new Collezione series, which has been limited to just 63 units worldwide. Two Giulia units have been earmarked for the UK, while the rest will be distributed across Europe, the Middle East, China and Japan.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories