Saturday, November 1, 2025
22.1 C
Malaysia
spot_img

BHEUU anjur jerayawara seluruh negara dapatkan maklum balas Tribunal Anti-Buli

The Sun Berita

PUTRAJAYA: Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri akan mengadakan siri jerayawara ke seluruh negara bagi mendapatkan maklum balas orang ramai berhubung cadangan penubuhan Tribunal Anti-Buli.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata inisiatif itu bertujuan mengumpul pandangan awam serta pihak berkepentingan untuk menambah baik proses, undang-undang, dan mekanisme yang melibatkan tribunal tersebut.

Beliau menyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said akan melaksanakan jerayawara, sesi pertemuan atau town hall dengan pelbagai pihak bermula di Kuala Lumpur dan seterusnya menjelajah ke setiap negeri.

Maklumat terperinci termasuk lokasi, waktu dan cara untuk terlibat akan disusuli oleh pejabat Datuk Seri Azalina.

Fahmi berkata Azalina turut memaklumkan Jemaah Menteri mengenai Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Isu Buli semalam yang disertai ketua-ketua setiausaha, ketua pengarah, dan wakil pelbagai kementerian serta agensi berkaitan.

Antara perkara yang dibangkitkan ialah cadangan oleh Pesuruhjaya Kanak-Kanak Suhakam agar tribunal ini dihadkan kepada kes melibatkan individu berusia bawah 18 tahun.

Beliau memaklumkan bahawa siri mesyuarat akan diteruskan minggu hadapan bagi meneliti aspek-aspek berkaitan perancangan pelaksanaan Tribunal Anti-Buli. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Hong Kong Design Centre Announces DFA Hong Kong Young Design Talent Award 2025 Winners

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 31 October 2025 - Hong Kong Design Centre (HKDC) proudly marks the 20th milestone of the DFA Hong Kong Young Design Talent Award (DFA HKYDTA) with the announcement of its 2025 awardees. Selected by a professional panel of judges, this year's 17 talented young designers from Hong Kong have been recognised for their outstanding creativity and innovative contributions.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img