Tuesday, November 11, 2025
22.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bomba nasihat orang ramai elak sungai selepas buaya dikesan di Melaka

MELAKA: Orang awam dinasihatkan supaya tidak menghampiri kawasan sungai di Kampung Paya Luboh, Tangga Batu selepas seekor buaya sepanjang kira-kira 2.7 meter dikesan tengah hari tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tangga Batu Pegawai Bomba Kanan II Zuraidi Omar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.47 pagi daripada seorang penduduk yang melihat kehadiran reptilia itu di tebing sungai berkenaan.

Sebanyak lapan anggota bersama dua jentera yang digerakkan tiba ke lokasi kejadian kira-kira 11.50 pagi dan pasukan mendapati buaya berkenaan berada di tebing sungai berhampiran jalan kampung.

Buat masa ini tiada ancaman terus kepada penduduk namun pihak bomba menasihatkan orang ramai supaya tidak menghampiri kawasan itu demi keselamatan.

Zuraidi berkata keadaan tebing sungai yang tinggi menyukarkan akses untuk menangkap haiwan itu dan pemantauan hanya dijalankan sehingga situasi disahkan terkawal.

Beliau berkata pihaknya telah merujuk kes itu kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Melaka untuk tindakan lanjut kerana ia melibatkan hidupan liar.

Menurut Zuraidi operasi berkenaan tamat pada 12.40 tengah hari dengan pasukan kembali ke balai selepas memastikan kawasan berada dalam keadaan selamat. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

BYD Atto 3 gains more power and longer range

BYD is giving its popular Atto 3 a significant update, with the latest version — known as the Yuan Plus in China — set to feature a larger 74.88 kWh Blade battery pack capable of delivering up to 650 km of range under the CLTC cycle. Details of the refreshed model surfaced through the Chinese Ministry of Industry and Information Technology (MIIT), hinting at a strong performance and efficiency boost for the electric crossover. The current second-generation Atto 3 on sale in China is available with either a 49.92 kWh or 60.48 kWh Blade battery, offering 430 km and 510 km of range, respectively. The jump to a 74.88 kWh unit marks a major step forward in driving distance, making the new Atto 3 one of the longest-range electric crossovers in its class.
spot_img

Popular Categories