Monday, November 10, 2025
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bomba Pulau Pinang siap siaga hadapi Monsun Timur Laut

BUKIT MERTAJAM: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang berada dalam kesiapsiagaan penuh bagi menghadapi Monsun Timur Laut yang dijangka bermula penghujung September hingga November ini.

Pengarahnya Mohamad Shoki Hamzah berkata lebih 800 pegawai dan anggota bomba di negeri itu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan bencana termasuk banjir besar dan fenomena kepala air.

“Kita sekarang musim peralihan iaitu berakhir musim Monsun Barat Daya dan Jabatan Meteorologi Malaysia juga sudah keluarkan kenyataan yang bermula penghujung September hingga November beralih ke Monsun Timur Laut,“ katanya.

Beliau menekankan bahawa bomba Pulau Pinang berada dalam kesiapsiagaan paling tinggi semasa musim Monsun Timur Laut.

“Bila musim Monsun Timur Laut, kita sudah tahulah ia sering membawa risiko hujan lebat berterusan yang boleh menyebabkan banjir besar.”

“Tahun lepas kita bernasib baik Pulau Pinang tidak mengalami banjir besar serta kita harap ia sama tahun ini, tapi kita sentiasa bersiap sedia kerana turut berlaku banjir kilat jika hujan lebat,“ katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas Majlis Perasmian Video Hotel Guest Fire Safety Awareness Program peringkat JBPM Pulau Pinang yang dirasmikan Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Antara langkah yang diambil adalah menjadikan Balai Bomba dan Penyelamat Mak Mandin sebagai pusat kecemerlangan aktiviti air bagi memperkukuh keupayaan logistik.

Penyediaan bot, unit utiliti serta latihan khas kepada anggota turut dilaksanakan untuk meningkatkan kesiapsiagaan.

Pihaknya juga mengenal pasti 256 lokasi kerap banjir di seluruh negeri yang akan diberi perhatian khusus sepanjang Monsun Timur Laut.

“Terdapat 41 kawasan masing-masing di daerah Timur Laut dan Barat Daya, Seberang Perai Utara 66, Seberang Perai Tengah 88 dan Seberang Perai Selatan 20.”

“Kami akan menumpukan pemantauan dan penggunaan sumber di semua kawasan panas ini untuk meminimumkan kesan banjir,“ katanya.

Beliau turut memberi amaran kepada penduduk dan pelancong supaya mengelak kawasan rekreasi air yang berisiko tinggi semasa Monsun Timur Laut.

Kebimbangan utama adalah berlakunya fenomena kepala air secara tiba-tiba seperti beberapa kejadian di negeri lain sebelum ini.

“Kita beri keutamaan kepada keselamatan masyarakat dan jika berlaku bencana besar, anggota yang bercuti akan dipanggil semula bertugas.”

“Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa peka dengan perkembangan cuaca dan mematuhi arahan pihak berkuasa demi keselamatan bersama,“ katanya. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Kenya defend Singlife Nations Cup crown after overcoming Singapore

Kenya retained their Singlife Nations Cup title after defeating hosts Singapore Vandas 55-42 in Saturday’s (8 Nov) final at the OCBC Arena. The defending champions took control early with a 17-12 first-quarter lead and extended it to 29-21 at half-time through sharp shooting from Lydia Nyapere and Hellen Sinoya. Despite a spirited third-quarter fightback from Singapore, who reduced the deficit to six goals, Kenya finished strongly to secure victory, with Nyapere and Sinoya boasting 95% and 93% shooting accuracy respectively. Papua New Guinea claimed third place with a 69-54 win over Malaysia, while Singapore A beat the Isle of Man 53-39.
spot_img

Popular Categories