ISTANBUL: Dalam satu tindakan protes luar biasa, majoriti delegasi negara meninggalkan dewan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat, sejurus sebelum Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memulakan ucapannya, lapor Anadolu Ajansi.
Netanyahu mula menyampaikan ucapannya pada sesi ke-80 Perhimpunan Agung pada 1300 GMT.
Tindakan keluar beramai-ramai itu adalah sebagai membantah genosid berterusan Israel di Semenanjung Gaza yang telah meragut lebih 65,000 nyawa penduduk Palestin sejak Oktober 2023, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak – BERNAMA-ANADOLU






