the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, December 7, 2025
26 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dua kategori pengguna Selangor tidak terkesan pelarasan tarif air

SHAH ALAM: Dua kategori pengguna di Selangor dijangka tidak akan terjejas dengan pelarasan tarif air baharu yang bakal dilaksanakan tidak lama lagi.

Menurut Exco Infrastruktur dan Pertanian negeri Datuk Izham Hashim, golongan yang tidak terkesan termasuk penerima Skim Air Darul Ehsan (SADE) iaitu golongan B40 serta pengguna domestik dan komersial yang menggunakan air kurang 20 meter padu.

Pelarasan ini merupakan fasa kedua selepas pelaksanaan pertama pada 1 Februari 2024. Izham menjelaskan bahawa fasa pertama melibatkan sektor komersial dan sedikit kenaikan bagi pengguna domestik.

“Untuk fasa kedua ini, sepatutnya dilaksanakan pada 1 Julai, tetapi terdapat sedikit kelewatan. Sekarang kita menunggu kelulusan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN),“ katanya.

Sebelum ini, Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari telah mengumumkan kadar baharu tarif air bagi lebih lapan juta pengguna bermula 1 Februari 2024. Pelarasan itu melibatkan 2,661,743 akaun termasuk pengguna domestik dan bukan domestik seperti rumah ibadat serta perusahaan kecil dan besar.

Izham menegaskan bahawa permohonan pelarasan tarif air dibuat secara berfasa kerana melibatkan jumlah pengguna yang besar.

“Syarikat pengurusan air beroperasi dalam keadaan rugi kerana tarif air tidak dinaikkan terlalu lama. Pelarasan ini penting bagi memastikan Air Selangor dapat beroperasi dengan baik,“ jelasnya.

Kerajaan Selangor juga baru-baru ini mengadakan sesi libat urus bersama SPAN bagi membincangkan isu kawal selia air di negeri ini. Sesi tersebut dihadiri oleh Amirudin dan wakil Air Selangor sempena lawatan Pengerusi SPAN Datuk Abdul Kadir Mohd Din.

SPAN dalam kenyataan semalam memaklumkan bahawa mereka telah menerima permohonan semakan tarif air daripada operator di sepuluh negeri termasuk Selangor. Namun, semua permohonan tersebut masih dalam proses semakan dan belum dimuktamadkan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Alfa Romeo Marks the Quadrifoglio Legacy with Exclusive Giulia and Stelvio Collezione Models

Alfa Romeo has introduced two highly exclusive creations, the Giulia Quadrifoglio Collezione and Stelvio Quadrifoglio Collezione, developed in tribute to one of the brand’s most enduring icons — the Quadrifoglio. The emblem, first painted onto Ugo Sivocci’s Alfa Romeo RL when he won the 1923 Targa Florio, became the mark of the brand’s racing machinery for decades. In 1963 it shifted from the circuit to the road with the Giulia Ti Super, and from then on it distinguished Alfa Romeo’s most powerful and exclusive road-going models.That pivotal year forms the inspiration for this new Collezione series, which has been limited to just 63 units worldwide. Two Giulia units have been earmarked for the UK, while the rest will be distributed across Europe, the Middle East, China and Japan.
spot_img

Popular Categories