Monday, November 10, 2025
25.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dua wanita sesat mendaki hutan Bukit Bendera ditemukan selamat

GEORGE TOWN: Bomba berjaya menyelamatkan dua wanita yang gagal mencari laluan turun semasa mendaki di kawasan hutan di Bukit Bendera.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.10 tengah hari.

“Mangsa yang berusia 27 dan 31 tahun ditemukan selepas menghantar lokasi keberadaan mereka melalui WhatsApp, membolehkan bomba menjalankan operasi berdasarkan maklumat itu,“ katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata mangsa dibawa turun dalam keadaan selamat.

Operasi melibatkan tujuh anggota dan pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong tamat pada 1.26 tengah hari. – Bernama

Related

spot_img

Latest

MEXC’s risk control, anti-fraud, and asset freeze measures: Building the security firewall for crypto users

In response to the rising wave of crypto scams and hacking losses, MEXC has implemented a comprehensive security framework combining AI-powered risk control, real-time fraud detection, and transparent asset freeze protocols. These measures not only protect users from manipulation and fund leakage but also redefine how trust and safety are built in the global crypto trading landscape.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories