the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, January 20, 2026
20.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Institusi kekeluargaan perlu diperkukuh hadapi fasa negara tua

Malaysia perlu perkukuh institusi kekeluargaan sebagai persediaan menjelang fasa negara tua pada 2048, kata Dr Wan Azizah Wan Ismail

KOTA KINABALU: Institusi kekeluargaan perlu segera diperkukuh sebagai asas kesejahteraan nasional ketika Malaysia bersiap sedia memasuki fasa negara tua menjelang 2048, kata isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dr Wan Azizah berkata Malaysia diunjur menjadi negara tua apabila peratusan penduduk berusia 65 tahun ke atas mencecah 14 peratus daripada populasi negara, sekali gus menuntut tindakan awal dan kesedaran masyarakat untuk kesejahteraan rakyat. 

“Perubahan ini menuntut tindakan dan perancangan segera untuk kita memastikan kesannya dapat ditangani dengan efektif, terutamanya kepada golongan rentan,” katanya merujuk kepada Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan 2025-2045.

Dr Wan Azizah berkata demikian ketika berucap pada Seminar Inspirasi Keluarga MADANI di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Hadir sama isteri Yang Dipertua Negeri Sabah Toh Puan Faridah Tussin dan isteri Ketua Menteri Datin Seri Juliah Salag.

Dr Wan Azizah berkata institusi kekeluargaan kini berdepan cabaran dunia digital yang melibatkan pelbagai bentuk kandungan tanpa tapisan yang menuntut peranan ibu bapa sebagai pelindung dan pembimbing terdekat anak.

Walaupun kerajaan boleh menggubal dasar tertentu, beliau berkata pemantauan paling efektif tetap bermula daripada keluarga sendiri.

“Zaman sekarang digital (dan) semua di hujung jari. Kita dapat macam-macam (daripada Internet) termasuk ada yang baik dan ada tidak baik. Bagaimana menapisnya? 

“Terutamanya untuk generasi akan datang, generasi anak-anak kita. Kerajaan mungkin mengadakan satu polisi, tetapi siapa yang memantau (anak),” katanya.

Selain itu, Dr Wan Azizah turut menyatakan kebimbangan terhadap kebergantungan kepada gajet sebagai alat untuk menenangkan anak kecil ketika ibu bapa sibuk dengan pelbagai tugasan harian.

Beliau juga menekankan keperluan menghidupkan kembali nilai rahmah, mawaddah (kasih sayang) dan sakinah (ketenangan) sebagai jiwa rumah tangga, selain memupuk adab serta hikmah dalam interaksi harian.

Seminar itu menghimpunkan peserta daripada pelbagai agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), ahli akademik serta masyarakat setempat untuk berkongsi ilmu, pengalaman dan pendekatan membina keluarga harmoni dalam era moden. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Yongchun Hosts the “Kung Fu Comes From Yongchun” Fashion Industry Promotion Event in Beijing, Showcasing Incense Culture and Intangible Cultural Heritage

BEIJING, CHINA - Media OutReach Newswire - 19 January 2026 - On January 17th, amidst Beijing's first snow of the year, the fashion industry promotion event "Kung Fu Comes From Yongchun"warmly commenced at the Fujian Mansion. Centered around Yongchun's intangible cultural heritage, with its iconic incense as the soul and the "One County, One Table of Dishes" Kui Xing Banquet as its medium, the event was jointly hosted by the Fujian Provincial Government Office in Beijing, the CPC Yongchun County Committee, and the People's Government of Yongchun County.
spot_img

Popular Categories