Wednesday, November 12, 2025
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

JENDELA fasa dua dilancar September 2025 – liputan 4G & 5G diperluas

KUALA LUMPUR: Projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) fasa dua dijangka bermula September ini dengan pendekatan lebih fleksibel bagi mempercepat liputan Internet di seluruh negara.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata fasa ini tidak lagi bergantung sepenuhnya pada pembinaan menara konvensional, sebaliknya menggunakan kaedah hibrid seperti monopole 30 meter untuk liputan lebih pantas.

“Kita jangkakan tempoh pelaksanaan lebih cepat kerana tidak semua kawasan memerlukan menara tinggi. Pendekatan ini lebih efisien,“ katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Larry Sng Wei Shien (PBM-Julau) di Dewan Rakyat hari ini.

Bagi kawasan Parlimen Julau, liputan 4G di kawasan berpenduduk sudah mencapai 58.28 peratus. Sebanyak 43 daripada 48 menara baharu telah siap beroperasi, manakala 44 stesen pemancar dinaik taraf. Selain itu, 1,391 premis kini mempunyai capaian gentian optik.

Fahmi menjelaskan pelaksanaan 5G di Julau masih dalam pertimbangan kerana keutamaan diberikan kepada kawasan bandar dan perindustrian. Namun, perluasan ke luar bandar akan dilaksanakan secara berperingkat.

Kerajaan Sarawak turut memainkan peranan melalui projek SMART 600 dengan 29 menara sudah beroperasi dan 15 lagi dalam pembinaan. Kerjasama antara MCMC dan SDEC juga diperkukuh bagi memastikan kesalinghubungan lebih baik di negeri itu. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Cape EMS secures strategic capital to accelerate clean-energy growth in Johor–Singapore corridor

Cape EMS Bhd has been selected as one of the recipients of financing support under Maybank’s Johor–Singapore Economic Zone (JS-SEZ) initiative, aimed at driving cross-border trade and high-value manufacturing in the southern corridor. The financing — part of Maybank’s RM15 billion commitment for the JS-SEZ — will enable Cape EMS to expand its clean-energy and precision manufacturing capabilities, including battery energy storage systems (BESS), EV-related infrastructure, and smart-mobility solutions. This collaboration reinforces Cape EMS’s alignment with Malaysia’s National Energy Transition Roadmap (NETR) and the nation’s broader green-growth agenda.

Powerwell secures RM9.5m data centre contract in Selangor

Powerwell Holdings Bhd’s subsidiary, Kejuruteraan Powerwell Sdn Bhd, has clinched a RM9.5 million contract to supply switchboards and components for a data centre project in Selangor. Managing director Catherine Wong Yoke Yen said this marks the company’s third data centre win this financial year, underscoring its expertise in Malaysia’s fast-growing digital infrastructure sector. With an order book of RM117 million as of June 2025, Powerwell plans to capitalise on opportunities across data centre, infrastructure, and renewable energy projects.
spot_img

Popular Categories