Wednesday, November 12, 2025
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Keputusan perolehan LMS kelompok ketiga selepas RMK13 dibentang

KUALA LUMPUR: Keputusan mengenai perolehan Kapal Misi Pesisir (LMS) Kelompok Ketiga untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hanya akan dimuktamadkan selepas pembentangan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) pada hujung Julai ini.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata demikian ketika mengulas spekulasi berhubung perolehan kapal perang itu, susulan lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Itali baru-baru ini.

“Semua perolehan baharu akan diketahui kepastiannya selepas RMK13 dibentangkan. Dalam lawatan Perdana Menteri ke Itali dan Perancis baru-baru ini, perkara itu antara yang dibincangkan,“ katanya selepas merasmikan Lima Program Inisiatif Pendidikan Yayasan LTAT 2025.

Khaled turut menyatakan bahawa negara-negara yang terlibat bersedia menawarkan kemudahan kredit sekiranya Malaysia membuat sebarang perolehan aset pertahanan.

Pada 2 Julai lalu, Anwar bertemu pemimpin syarikat industri pertahanan Itali seperti Fincantieri, Leonardo, dan ENI bagi mengukuhkan kerjasama dalam bidang pertahanan dan tenaga. Lawatan itu juga membawa potensi pelaburan bernilai RM8.13 bilion.

Sebelum ini, Kementerian Pertahanan telah menyerahkan Surat Setuju Terima (LOA) bagi pembelian tiga kapal LMS Kelompok Kedua kepada syarikat Turkiye, Savunma Teknolojileri Muhendislik (STM). Kapal-kapal ini dibina berdasarkan reka bentuk korvet kelas-Ada dengan keupayaan misi pelbagai termasuk peperangan antikapal selam.

Malaysia sebelum ini membelanjakan lebih RM1 bilion untuk memperoleh empat kapal LMS Kelompok Satu dari China, yang mula beroperasi dalam TLDM sejak 2020. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

8 in 10 people in Singapore delayed medical care to prioritise work and avoid burdening family

According to a new Economist Impact study commissioned by Prudential, 8 in 10 Singaporeans delayed medical care in the past year, often to prioritise work or avoid burdening family. The report, Patient Voices Singapore: Towards More Informed and Seamless Care, identifies cost concerns and uncertainty about where to seek help as key barriers. Experts say greater transparency, guidance, and education on healthcare costs are crucial to help Singaporeans make confident, timely health decisions.
spot_img

Popular Categories