Tuesday, November 11, 2025
22.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan MADANI komited bina lebih banyak Rumah Mesra Rakyat

KULIM: Kerajaan MADANI komited untuk membina lebih banyak Rumah Mesra Rakyat (RMR) di seluruh negara dalam usaha membantu golongan kurang berkemampuan terutama B40 memiliki kediaman sendiri.

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Chan Ming Kai berkata kerajaan akan sentiasa menyokong usaha Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dalam memastikan setiap rakyat berpeluang memiliki kediaman sendiri.

“Program RMR ini adalah bukti keprihatinan kerajaan dalam meringankan beban rakyat dan meningkatkan kualiti hidup mereka,“ katanya pada Majlis Penyerahan Kunci RMR kepada lima penerima di Kampung Badlishah dekat sini.

Beliau berkata kerajaan yang menanggung hutang sebelum ini berjaya mengutip RM15.5 bilion hasil tindakan tatakelola baik yang dilakukan oleh kerajaan terutama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita berjaya jimat wang berbilion, jadi boleh tambah lagi jumlah RMR untuk keperluan rakyat,“ katanya.

Pengerusi SPNB Datuk Prof Dr Mohd Azmi Mohd Lila berkata sehingga 31 September lepas, SPNB berjaya menyiapkan 6,927 unit RMR di Kedah.

Manakala 74,138 unit RMR berjaya dibina di seluruh negara menurut beliau.

“SPNB sentiasa komited bagi memastikan penyediaan projek-projek perumahan kepada seluruh rakyat di bawah seliaan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) diberikan keutamaan,“ katanya.

Seorang penerima RMR, Muhammad Rahimi Jaafar, 27, yang bekerja sebagai penjawat awam berkata dia tidak menyangka permohonan untuk membina rumah di tanah milik ayahnya diluluskan.

“Saya mohon pada 2020 dan dokumen semua lengkap pada 2023. Dalam dua tahun, syukur rumah yang saya mohon siap,“ katanya.

“Memang tidak sangka, saya berterima kasih kepada semua pihak termasuk kerajaan, SPNB, KPKT kerana merealisasikan impian saya untuk mempunyai rumah sendiri,“ tambahnya. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Hataoka wins TOTO Japan Classic in playoff

Japan’s Nasa Hataoka captured her seventh LPGA Tour title after defeating compatriot Yuna Araki in a playoff at the rain-shortened TOTO Japan Classic. Both players finished tied on 15-under-par 201 after three rounds at Seta Golf Course, with officials cancelling Sunday’s final round due to unplayable conditions. The playoff, held on a shortened par-three 18th, saw Hataoka make par to Araki’s bogey for her first LPGA win since the 2022 LA Open. “It was a unique win for me,” said Hataoka. “It’s unfortunate the tournament got shortened, but winning in front of Japanese fans means so much.”
spot_img

Popular Categories