the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, January 20, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Kerajaan tolak penetapan harga berperingkat RON95 selepas kuota BUDI95

Kerajaan kata penetapan harga berperingkat RON95 selepas kuota 300 liter habis tidak efisien dan berisiko ketirisan subsidi

KUALA LUMPUR: Kerajaan berpandangan  bahawa penetapan harga berperingkat RON95 pada paras RM2.10 atau RM2.30 di bawah program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) selepas kuota 300 liter habis diguna pakai, akan mengekalkan elemen subsidi yang tidak efisien.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata ini sekali gus meningkatkan risiko ketirisan serta tidak menyumbang kepada pengukuhan kedudukan fiskal kerajaan.

“Sehubungan itu, kerajaan akan terus memantau secara teliti pola dan corak penggunaan serta menilai semula had berkenaan dari semasa ke semasa.

“Ia bagi memastikan pelaksanaan dasar penyasaran subsidi RON95 sentiasa diperhalusi dan diperkukuh demi manfaat rakyat serta kelestarian fiskal negara,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Abdul Halim Suleiman yang ingin tahu rasional pelaksanaan BUDI95 pada harga RM1.99 bagi 300 liter pertama dan kembali kepada harga apungan RM2.60 bagi penggunaan melebihi 300 liter, berbanding penetapan harga berperingkat seperti RM2.10 atau RM2.30.

Amir Hamzah berkata berdasarkan data penggunaan sebenar, sejak pelaksanaan penyasaran subsidi RON95, penerima BUDI95 bagi  penggunaan persendirian mencatatkan purata penggunaan sebanyak 98 liter sebulan, iaitu hanya 33 peratus daripada had kelayakan bulanan yang ditetapkan.

“Kalau kita ingin menukar kelayakan pada tahap individu, itu satu isu yang sukar kerana kita ada 14 juta orang yang telah menggunakan BUDI95,” katanya.  

Menurutnya kerajaan akan melihat kepada ruang penambahbaikan dan mempertimbangkan semula cadangan yang dikemukakan apabila mempunyai data mencukupi, selepas setahun pelaksanaan BUDI95. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

AGNEZ MO Reunites with Wax Figure and Fans at Madame Tussauds Singapore’s Exclusive Fan Meet

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 19 January 2026 - Madame Tussauds Singapore hosted an exclusive fan meet event on 16 January 2026, featuring international music and entertainment icon AGNEZ MO, bringing fans up close with the superstar in an intimate and memorable setting.

Yongchun Hosts the “Kung Fu Comes From Yongchun” Fashion Industry Promotion Event in Beijing, Showcasing Incense Culture and Intangible Cultural Heritage

BEIJING, CHINA - Media OutReach Newswire - 19 January 2026 - On January 17th, amidst Beijing's first snow of the year, the fashion industry promotion event "Kung Fu Comes From Yongchun"warmly commenced at the Fujian Mansion. Centered around Yongchun's intangible cultural heritage, with its iconic incense as the soul and the "One County, One Table of Dishes" Kui Xing Banquet as its medium, the event was jointly hosted by the Fujian Provincial Government Office in Beijing, the CPC Yongchun County Committee, and the People's Government of Yongchun County.
spot_img

Popular Categories