Wednesday, November 5, 2025
26 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Kerja baik pulih rumah pam Kobat siap awal, bekalan air pulih berperingkat

The Sun

KUANTAN: Kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan di Rumah Pam Kobat telah siap sepenuhnya lebih awal daripada jangkaan pada pukul 9.30 pagi tadi. Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP), Datuk Saiful Zaini Mohd Bokhari, memaklumkan pam air mentah telah beroperasi semula pada pukul 10.15 pagi.

Air mentah kini dihantar ke Loji Rawatan Air Semambu untuk diproses. Beberapa tangki imbangan dan simpanan telah dipenuhi bagi memastikan tekanan dan aliran stabil. Pengguna dijangka mula menerima bekalan air secara berperingkat, bergantung pada jarak dan tekanan sistem.

Saiful Zaini berkata, “Pemulihan bekalan air berbeza mengikut kawasan dan bergantung kepada jarak premis pengguna serta tekanan dalam sistem agihan bekalan. Bekalan alternatif seperti lori tangki dan tangki statik akan diteruskan di kawasan yang masih terjejas sehingga bekalan air pulih sepenuhnya.”

Beliau turut mengucapkan terima kasih atas kesabaran dan kerjasama pengguna serta bantuan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Sebelum ini, PAIP memaklumkan gangguan bekalan air tidak berjadual selama 12 jam di beberapa kawasan Kuantan bermula 11 malam semalam. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Vietnam Exposition Center and dmg events announce strategic partnership to launch global energy congress and exhibition

HANOI/ ABU DHABI, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 4 November 2025 - The Vietnam Exposition Center (VEC) and dmg events have announced a strategic partnership and launch their first collaborative initiative – a global energy congress and exhibition.
spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img