the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kertas siasatan kes polis pukul pemuda diserahkan ke Peguam Negara

Polis Serdang serah kertas siasatan kes anggota polis didakwa pukul pemuda di Banting kepada Peguam Negara, tunggu arahan selanjutnya.

SERDANG: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menyerahkan kertas siasatan berhubung kes anggota yang didakwa memukul seorang pemuda di Banting kepada Pejabat Peguam Negara.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Muhamad Farid Ahmad berkata kertas siasatan itu diserahkan pada minggu lepas. Pihaknya kini sedang menunggu arahan selanjutnya daripada pihak berkuasa pendakwaan.

“Saya memberikan jaminan siasatan terhadap kes ini dijalankan secara telus,” katanya kepada pemberita di sini.

Pada 23 Disember lepas, polis mula menyiasat dakwaan seorang lelaki tempatan dipukul oleh individu dipercayai anggota polis di sebuah rumah di Kampung Sungai Ingat, Banting.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Langat DSP Mohd Sufian Amin berkata laporan diterima daripada ibu mangsa yang mendakwa menerima rakaman CCTV. Rakaman selama tiga minit itu memaparkan anaknya ditampar oleh individu yang memperkenalkan diri sebagai anggota polis.

Menurut laporan, mangsa ditampar beberapa kali dengan tujuan mencari barang bukti. Bapa mangsa juga dilaporkan menyaksikan kejadian itu berlaku.

Mengulas kes lain, Muhamad Farid berkata pihaknya telah merujuk kertas siasatan kes pekerja restoran makanan segera dipukul oleh seorang wanita kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

Beliau berkata suspek wanita berusia 40 tahun itu akan didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 8 Januari ini. “Suspek kini berada di luar negara dan kita akan tuduh dia pada 8 Jan ini setelah dia pulang ke tanah air,” katanya.

Menurut laporan media, kejadian itu berlaku pada 8 Disember lepas. Mangsa mengalami bengkak pada pipi kiri dan luka kecil pada bibir kiri.

Dalam pada itu, Muhamad Farid berkata sebanyak 283,872 kotak rokok dan barangan kes lain bernilai RM3.5 juta telah dilupuskan. Barangan yang dilupuskan termasuk 53,691 tin dan botol minuman keras, 178 barang kes perjudian, dan 353 mesin bitcoin.

Beliau berkata pelupusan itu melibatkan 673 kertas siasatan sejak tahun 2010 sehingga tahun ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The VinFast VF 8 and the New Priorities of EV Ownership

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Today's EV buyers are looking beyond range and horsepower. They want an ownership experience that is just as reassuring as the vehicle itself, and that is where the VinFast VF 8 makes a strong case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings