Sunday, November 9, 2025
29.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Keselamatan atlet Sukan SEA 2025 jadi keutamaan MOM

The Sun Berita

KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menegaskan komitmen untuk memastikan keselamatan atlet dan pegawai di Sukan SEA 2025 di Thailand tidak terjejas walaupun berlaku ketegangan hubungan antara negara tuan rumah dengan Kemboja.

Presiden MOM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, meskipun situasi semasa mencetuskan kebimbangan, beliau yakin penyelesaian konflik akan ditemui sebelum temasya dwitahunan itu bermula pada Disember ini.

“Setakat ini belum ada keputusan daripada Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) dan apa yang kita perlukan ialah untuk bertenang kerana kita pun tahu bahawa Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berusaha membantu menyelesaikan krisis ini,“ katanya.

Beliau mengulas selepas menghadiri Piala Perdana Menteri CSI1, kejohanan kelayakan atlet ekuestrian untuk Sukan SEA 2025.

Mohamad Norza menambah, persiapan kontinjen Malaysia melibatkan semua sukan terus berjalan lancar dengan pemilihan atlet sedang giat dijalankan.

“Saya telah berhubung dengan mereka (persatuan sukan) dan harap bahawa perkara ini akan dapat diselesaikan secepat mungkin supaya semua dapat terus menumpukan persediaan ke Sukan SEA,“ jelasnya.

Laporan media sebelum ini menyatakan tentera Thailand dan Kemboja terlibat dalam pertempuran di kawasan pertikaian sempadan, dengan kedua-dua negara saling mendakwa pihak lawan sebagai pencetus konflik – Bernama

Related

spot_img

Latest

Toyota Tacoma H2-Overlander Concept turns water into adventure

Toyota took centre stage at this year’s SEMA Show with a concept that pushes off-road innovation into new territory — the Tacoma H2-Overlander, a hydrogen-powered pickup designed not only to drive emissions-free but to literally make and reuse water as it goes. The concept sits under Toyota’s “Powered by Possibility” theme, a showcase of experimental builds aimed at demonstrating how future vehicles could combine clean energy with real-world versatility. At its core, the Tacoma H2-Overlander begins life as a standard Tacoma pickup, but instead of the usual petrol engine, it’s fitted with the second-generation hydrogen fuel cell system lifted from the Toyota Mirai sedan.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img