the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, December 8, 2025
22.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kontrak Ahmad Shabery sebagai pengerusi Felda tamat semalam

KUALA LUMPUR: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) mengumumkan kontrak Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebagai pengerusi telah pun tamat, berkuat kuasa semalam.

Menurut kenyataan Felda, tugas rasmi terakhir beliau adalah mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Felda pada semalam.

“Sepanjang dua tahun menerajui Felda, beliau telah memainkan peranan besar dalam memperkukuh semula ekosistem antara Felda dan anak syarikat, terutama dalam mempercepat penyahsenaraian FGV Holdings Berhad sekali gus mengembalikan keyakinan rakan strategik serta mempertingkatkan imej dan prestij Felda.

“Pendekatan beliau diterjemahkan melalui gagasan ‘Segalanya Felda’ yang kini menjadi teras penyatuan organisasi dan komuniti,” menurut kenyataan itu.

Pengurusan dan seluruh warga Felda merakamkan penghargaan terhadap jasa, bakti dan kepimpinan Ahmad Shabery sepanjang memegang jawatan Pengerusi Felda.

Ahmad Shabery dilantik sebagai Pengerusi Felda pada 1 Julai 2023.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Anwar lancar dua inisiatif baharu perkuat jaringan keselamatan sosial

Perdana Menteri Anwar Ibrahim melancarkan program Sahabat Penggerak MADANI dan Skim Insurans Kesejahteraan Rakyat 3.0 bagi memperkukuh jaringan keselamatan sosial dan memperkasakan komuniti akar umbi.
spot_img

Popular Categories