the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, February 3, 2026
29 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Lelaki maut motosikal langgar pokok tumbang di Jalan Selandar

Seorang lelaki berusia 49 tahun maut selepas motosikalnya dipercayai melanggar pokok tumbang di Jalan Selandar menghala ke Machap pagi tadi.

JASIN: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai melanggar pokok tumbang di Jalan Selandar menghala ke Machap pagi tadi.

Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah menerima panggilan kecemasan pada 6.57 pagi sebelum menghantar jentera dengan lapan anggota ke lokasi.

Ketua Zon 2 JBPM Melaka Penguasa Bomba Zulkhairani Ramli berkata mangsa lelaki berusia 49 tahun ditemukan di dalam longkang di lokasi kejadian.

“Mangsa yang menaiki motosikal jenis Yamaha NMax telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya dalam kenyataan.

Kerja-kerja pemotongan pokok tumbang dan pembersihan dijalankan bagi memastikan laluan tersebut selamat digunakan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Asian Smart Medical Online Exhibition 2026: Connecting smart medical suppliers with global buyers

The Asian Smart Medical Online Exhibition 2026 (Medical Asia 2026) is a premier hybrid exhibition designed to seamlessly connect Asian medical suppliers, importers, and exporters with buyers from around the world.
spot_img

Popular Categories