the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, January 20, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Malaysia panggil mesyuarat khas menteri luar ASEAN untuk kaji ketegangan

Malaysia akan panggil mesyuarat khas menteri luar ASEAN untuk nilai situasi semasa dan sokong langkah redakan ketegangan serantau

KUALA LUMPUR: Malaysia akan memanggil Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar ASEAN dalam masa terdekat, untuk menilai situasi semasa dan menyokong langkah meredakan ketegangan di rantau ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata selaku Pengerusi ASEAN, mesyuarat itu juga bagi mengukuhkan peranan kolektif ASEAN dalam memelihara keamanan serantau.

Beliau berkata demikian dalam hantaran di Facebook selepas menghubungi rakan sejawat, Perdana Menteri Vietnam Phạm Minh Chính bagi membincangkan perkembangan semasa di rantau ini, serta usaha-usaha bersama untuk memastikan keamanan dan kestabilan terus terpelihara.

“Dalam pada itu, saya turut menzahirkan komitmen Malaysia untuk memperkukuh kerjasama dua hala dengan Vietnam dalam menangani isu penangkapan ikan secara tidak sah, tidak dilaporkan dan tidak dikawal (IUU),” kata beliau.

Anwar berkata kerjasama itu termasuk penyelarasan penguatkuasaan, perkongsian maklumat dan langkah pencegahan.

“Saya yakin bahawa melalui dialog berterusan dan mekanisme sedia ada, isu ini dapat diselesaikan secara berhemah, tenang dan saling menghormati,” kata Anwar. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Yongchun Hosts the “Kung Fu Comes From Yongchun” Fashion Industry Promotion Event in Beijing, Showcasing Incense Culture and Intangible Cultural Heritage

BEIJING, CHINA - Media OutReach Newswire - 19 January 2026 - On January 17th, amidst Beijing's first snow of the year, the fashion industry promotion event "Kung Fu Comes From Yongchun"warmly commenced at the Fujian Mansion. Centered around Yongchun's intangible cultural heritage, with its iconic incense as the soul and the "One County, One Table of Dishes" Kui Xing Banquet as its medium, the event was jointly hosted by the Fujian Provincial Government Office in Beijing, the CPC Yongchun County Committee, and the People's Government of Yongchun County.
spot_img

Popular Categories