the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mangsa banjir kekal di PPS, Sabah catat peningkatan pagi ini

Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 495 orang, manakala Sarawak dan Johor menurun, menjadikan keseluruhan mangsa 1,523 orang

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat manakala Sarawak dan Johor mencatatkan penurunan, menjadikan keseluruhan mangsa sebanyak 1,523 orang pada pagi ini.

Di Sabah, sebanyak 495 orang daripada 159 keluarga ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 282 orang petang semalam.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah memaklumkan peningkatan itu susulan Kota Kinabalu dilanda banjir semalam, selain Beaufort.

Banjir di Kota Kinabalu melibatkan sebuah kampung dengan 180 orang ditempatkan di PPS Dewan Masjid Al-Munir, Kampung Darau.

Di Beaufort, 315 orang daripada 113 keluarga dari lapan kampung berada di Pusat Pemindahan Kekal Dewan Selagon.

Di Sarawak, jumlah mangsa banjir menurun kepada 943 orang daripada 243 keluarga setakat 7 pagi ini.

Mereka ditempatkan di lapan PPS, termasuk SJK Chung Hua Batu Kawa dengan 211 orang dan SJK Chung Hua Sungai Tengah dengan 191 orang.

PPS lain ialah Dewan Serbaguna Taman Malihah (132 orang), Masjid Darul Istiqlaal (128 orang) dan Dewan R, Piang Kampung Sinar Budi Baru (104 orang).

Sementara itu di Johor, jumlah mangsa banjir juga menurun kepada 85 orang daripada 25 keluarga setakat 9 pagi ini.

Pengerusi JPBN Johor Datuk Asman Shah Abd Rahman berkata lima PPS masih beroperasi di Segamat.

Beliau berkata Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat melepasi paras bahaya dengan bacaan 8.72 meter.

Dua jalan masih ditutup sepenuhnya iaitu Jalan Felda Tenggaroh 3 di Mersing dan Jambatan Kesang-Sungai Rambai di Tangkak.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The VinFast VF 8 and the New Priorities of EV Ownership

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Today's EV buyers are looking beyond range and horsepower. They want an ownership experience that is just as reassuring as the vehicle itself, and that is where the VinFast VF 8 makes a strong case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings