the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mangsa banjir di Sarawak meningkat, Johor catat sedikit penurunan

Mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 1,136 orang pagi ini, manakala di Johor berkurang kepada 134 orang di Segamat.

KUCHING: Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sarawak meningkat kepada 1,136 orang pagi ini.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, jumlah itu melibatkan 286 keluarga berbanding 791 orang semalam.

Seramai 252 mangsa daripada 52 keluarga ditempatkan di PPS Dewan R-Piang Kampung Sinar Budi Baru, Kuching.

BACA: Mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 791 orang, Melaka pulih sepenuhnya

Mangsa selebihnya berada di lapan PPS lain di sekitar Kuching, Kota Samarahan dan Lawas.

Kawasan terjejas di Kuching termasuk Taman Desa Wira, Kampung Sinar Budi Baru dan Kampung Sungai Batu.

Di JOHOR, jumlah mangsa banjir di Segamat berkurang sedikit kepada 134 orang pagi ini.

Pengerusi JPBN Johor Datuk Asman Shah Abd Rahman berkata mereka daripada 36 keluarga ditempatkan di lima PPS.

Beliau memaklumkan Sungai Muar di Buloh Kasap dan Jeti Sungai Tekam masih melepasi paras bahaya.

Dua jalan iaitu Jalan Felda Tenggaroh 3 di Mersing dan Jambatan Kesang-Sungai Rambai di Tangkak ditutup sepenuhnya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The VinFast VF 8 and the New Priorities of EV Ownership

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Today's EV buyers are looking beyond range and horsepower. They want an ownership experience that is just as reassuring as the vehicle itself, and that is where the VinFast VF 8 makes a strong case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings