the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, December 16, 2025
21.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MBSP ambil tindakan segera baiki mendapan jalan di Taman Seri Tawar

MBSP laksana pembaikan segera mendapan jalan dan tembok penahan di Taman Seri Tawar, kerja bermula hujung November bagi jamin keselamatan awam

BUTTERWORTH: Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) mengambil tindakan segera menangani mendapan jalan dan runtuhan tembok penahan konkrit bertetulang berhampiran tebing sungai di Taman Seri Tawar, Teluk Air Tawar.

Datuk Bandar MBSP Datuk Baderul Amin Abdul Hamid turun ke lokasi semalam bagi meninjau keadaan sebenar susulan aduan awam.

Lawatan di bawah pendekatan Management By Walking Around (MBWA) itu bertujuan menilai tahap kerosakan yang menjejaskan struktur jalan serta sistem saliran.

Baderul Amin menegaskan kepentingan tindakan segera bagi menjamin keselamatan awam dan mengelak kerosakan bertambah serius.

Kerja-kerja pembaikan segera merangkumi pemasangan sheet pile, pembinaan semula tembok penahan konkrit bertetulang, jalan dan parit sepanjang 130 meter.

Kerja pembaikan dijangka bermula pada penghujung November ini. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Super Moments in Focus: OPPO Announces Global Winners of the 2025 Photography Awards

SHENZHEN, CHINA - Media OutReach Newswire – 15 December 2025 - OPPO today announced the global winners of the 2025 OPPO Photography Awards, its annual international competition celebrating creativity, storytelling, and the power of mobile photography.
spot_img

Popular Categories