the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, February 8, 2026
20.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Melaka tubuh jawatankuasa khas tangani isu petani warga asing

MELAKA: Kerajaan Negeri Melaka akan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menangani isu lambakan petani warga asing selewat-lewatnya pada bulan depan, kata Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh.

Beliau berkata pihaknya akan berbincang dengan pelbagai jabatan dan agensi berkaitan termasuk Jabatan Pertanian bagi merangka langkah pelaksanaan serta pencegahan yang sesuai untuk menangani isu berkenaan.

“Kita bukannya mahu menghalang, tetapi memberi ruang dan peluang kepada petani tempatan … hal ini kerana yang lebih merisaukan kita apabila mereka memonopoli pasaran tempatan.

“Sebagai contoh, seperti di pasar ada peniaga yang memilih untuk membeli (hasil pertanian) hanya daripada kalangan warga asing bukan daripada petani warga tempatan,” katanya pada sidang media bersempena dengan Melaka Agrofest 2025 di Ayer Keroh, di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Low Chee Leong.

Mengulas lanjut, Muhammad Akmal berkata pihaknya juga khuatir dengan tindakan petani warga asing yang tidak mengikut spesifikasi ditetapkan, iaitu menjual hasil tani pada harga jauh lebih murah sehingga mengganggu ekosistem jualan petani tempatan.

“Misalnya, bendi mahu dijual RM1 sekilogram, tetapi harga di pasaran ialah RM4.50 hingga RM5 sekilogram, sedangkan petani kita perlu mengeluarkan pelbagai kos termasuk mengupah pekerja untuk mendapatkan hasil.

“Jadi, kita mahu lihat dari segi pelaksanaan dan mungkin juga perlu ubah sedikit undang-undang untuk mengekang warga asing daripada memonopoli pasaran pertanian kita,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

South Korea, Japan set the pace at Selangor International Junior Golf Championship

South Korea tightened their grip on the girls’ team title while Japan edged ahead in the boys’ standings after the second round of the Selangor International Junior Golf Championship at Seri Selangor Golf Club.Despite a two-hour rain delay and persistent showers that softened the course, players produced a flurry of low scores heading into the final round.Powered by a three-under-par 69 from You Roha, South Korea stretched their lead in the girls’ team event to a commanding 23 shots on a 36-hole total of 434, with Jeon Yuhyun (70) and Park Hyorin (71) also counting.
spot_img

Popular Categories