Friday, November 7, 2025
23.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Mohamed Harrif beri bayangan kekal bersama TSG hingga akhir karier

The Sun Berita

LANGKAWI: Pelumba basikal lebuh raya berpengalaman negara Mohamed Harrif Saleh masih belum membuat sebarang keputusan muktamad berhubung masa depan kariernya.

Beliau yang mesra disapa Mamat bagaimanapun memberikan bayangan akan kekal setia bersama Terengganu Cycling Team (TSG), iaitu pasukan yang disertainya sejak tahun 2011.

Mohamed Harrif menyatakan bahawa TSG berkemungkinan menjadi pasukan terakhir untuknya sepanjang karier berbasikal.

“Saya sudah merakamkan pelbagai kenangan bersama TSG, jadi untuk menyertai pasukan luar memang tidak ada,” katanya ketika ditanya mengenai masa depannya dalam kancah berbasikal lebuh raya.

Beliau akan membuat penampilan ke-16 pada saingan Le Tour de Langkawi 2025 yang membuka tirainya di Langkawi esok hingga 5 Oktober.

Dalam pada itu, Mohamed Harrif berkata beliau meletakkan sasaran untuk memenangi sekurang-kurangnya satu peringkat pada edisi kali ini.

Beliau berharap kemenangan itu akan berlaku di kampung halamannya sendiri iaitu pada peringkat keempat dari Kuala Terengganu ke Kemaman.

“Setiap peringkat perlumbaan memang ada impian untuk menang tetapi kalau di kampung halaman, bagi saya ia satu bonus.”

“Sebelum ini memang ada azam nak menang di sini tetapi belum ada rezeki lagi,” katanya.

Untuk rekod, kali terakhir Mohamed Harrif menjuarai satu peringkat pada LTdL adalah pada tahun 2019. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img