the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

NGO disaran beli barangan banjir terus daripada pemborong

KPDN sarankan NGO beli barangan sumbangan banjir terus daripada pemborong untuk elak gangguan stok di pasar raya dan kekurangan bekalan.

MARANG: Pertubuhan bukan kerajaan yang ingin membeli barangan untuk sumbangan mangsa banjir disarankan mendapatkan stok terus daripada syarikat pembekal atau pemborong.

Timbalan Pengarah KPDN Mohd Sakhri Mohd Salleh berkata langkah itu untuk mengelak gangguan stok barangan di pasar raya atau kedai runcit yang akan menyusahkan pengguna lain.

Beliau berkata pihaknya sudah mengeluarkan notis pemberitahuan kepada pasar raya terlibat dan pemantauan akan dijalankan bagi memastikan tidak berlaku kekurangan stok bekalan.

“Musim banjir memang banyak NGO yang akan membeli barangan untuk disumbangkan kepada mangsa banjir, jadi kita galakkan mereka beli secara terus daripada pemborong,” katanya.

Beliau berkata pembelian secara pukal di pasar raya boleh menyebabkan gangguan bekalan barangan.

Mohd Sakhri berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Pasar PATUH Pertama Negeri Terengganu di Pasar Bukit Payong.

KPDN juga meluluskan tambahan stok barangan kawalan berjadual sebanyak 30 peratus daripada simpanan dalam lesen bagi memastikan tiada gangguan bekalan pada musim Monsun Timur Laut.

Langkah itu melibatkan 153 peruncit terpilih daerah dan 77 pemborong terpilih daerah yang dilantik di seluruh negeri.

KPDN juga telah mengaktifkan Bilik Gerakan yang akan beroperasi hingga 10 malam untuk memantau serta mengurus sebarang isu berkaitan bekalan sepanjang musim tengkujuh.

“Kerja-kerja pemantauan di lapangan akan tetap dijalankan pada musim tengkujuh,” katanya.

Tindakan segera akan diambil jika terdapat aduan berhubung isu bekalan bagi memastikan kestabilan pasaran dan hak pengguna terpelihara.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The VinFast VF 8 and the New Priorities of EV Ownership

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Today's EV buyers are looking beyond range and horsepower. They want an ownership experience that is just as reassuring as the vehicle itself, and that is where the VinFast VF 8 makes a strong case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings