the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, January 22, 2026
25.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Pemandu kereta gagal memotong punca kemalangan maut libat trak ATM

Seorang anggota ATM maut, tiga cedera ringan selepas kereta Proton Wira gagal memotong lalu bertembung dengan trak tentera di Machang

MACHANG: Kegagalan pemandu kereta Proton Wira memotong dipercayai punca kemalangan membabitkan sebuah trak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kilometer 37.8 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai berhampiran Kampung Bukit Belah, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Machang Superintenden Ahmad Shafiki Hussin berkata kejadian pada 6.35 petang melibatkan sebuah trak tiga tan Hicom dinaiki anggota tentera dari arah Tanah Merah menghala balik ke Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas. 

“Pemandu kereta dari arah Kota Bharu ke Kuala Krai dipercayai sedang memotong sebuah kenderaan dan masuk ke laluan bertentangan sehingga menyebabkan pemandu trak tidak sempat mengelak lalu bertembung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Shafiki berkata seorang anggota ATM meninggal dunia di lokasi kejadian manakala tiga lagi cedera ringan dan pemandu kereta yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Machang untuk rawatan awal.

Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat trafik Inspektor Fatin Nurhanis Ibrahim menerusi talian 011-1454 020 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Machang 09-9751 222. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Penghantar barang didenda RM2,000 kerana cederakan wartawan sukan

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Seorang penghantar barang didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah mencederakan wartawan sukan Haresh Deol yang juga Timbalan Presiden Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC), November tahun lepas.Majistret Aina Azahra Arifin menjatuhkan hukuman itu terhadap R. Krishnan, 37, dan memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut. Tertuduh membayar denda berkenaan.Krishnan didakwa bersama-sama seorang lagi yang masih bebas melakukan kesalahan itu terhadap Haresh Singh Chain Singh, 44, di depan Bangunan Tanjung Balai Group, Jalan Telawi 3, Bangsar di sini pada 3.10 hingga 3.32 petang 25 Nov 2025.Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Haresh yang juga pengasas bersama portal berita TwentyTwo13 menerusi hantaran di laman X memaklumkan telah diserang dua lelaki ketika menuju ke keretanya manakala seorang lagi merakam insiden itu menggunakan telefon bimbit.
spot_img

Popular Categories