Wednesday, November 12, 2025
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penduduk Putrajaya diminta tidak panik bunyi tembakan meriam Hari Pahlawan

PUTRAJAYA: Penduduk di sekitar Putrajaya diingatkan supaya tidak panik dengan bunyi tembakan meriam sempena Istiadat Perbarisan Sambutan Hari Pahlawan 2025 yang akan berlangsung di Dataran Pahlawan Negara pada 31 Julai ini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Aidi Sham Mohamed memaklumkan bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melepaskan 21 das tembakan meriam pada hari sambutan tersebut, manakala dua das tembakan akan dilepaskan semasa sesi raptai penuh pada hari sebelumnya.

“Penduduk sekitar dinasihatkan agar tidak panik apabila mendengar letupan meriam manakala kesesakan jalan raya dijangka berlaku dari 7 hingga 10 pagi. Justeru, pengguna dinasihatkan memberi kerjasama dan mematuhi isyarat polis bagi memastikan kelancaran istiadat perbarisan,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Beberapa laluan utama dijangka mengalami kesesakan sepanjang acara berlangsung, termasuk Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Lebuh Perdana Timur, dan laluan sekitar Kompleks E. Orang ramai disarankan merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesulitan.

Hari Pahlawan disambut pada 31 Julai setiap tahun bagi memperingati pengorbanan anggota keselamatan negara. Acara ini dianjurkan secara bergilir antara ATM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 1968 – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

TE Capital Partners and Dash Living form joint venture to acquire prime residential asset in Minato Ward

TE Capital Partners and Dash Living have teamed up to acquire a premium residential property in Tokyo’s prestigious Minami Azabu area. The 10-storey building, to be branded as Dash Living Minami Azabu, will offer stylish, furnished apartments with excellent connectivity and modern amenities. This marks Dash Living’s largest asset in Japan and reinforces both companies’ confidence in Tokyo’s thriving residential market.
spot_img

Popular Categories