the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, December 7, 2025
26 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pesara tentera tidak bersalah 12 pertuduhan salah guna wang RM405,121

BUTTERWORTH: Seorang pesara tentera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 12 pertuduhan melibatkan penyalahgunaan wang milik sebuah syarikat pemaju berjumlah RM405,121 pada 2015.

Mohd Noor Yacub, 67, didakwa menyalahgunakan wang milik Amar Iman Development Sdn Bhd itu dengan memasukkan cek ke dalam akaun bank miliknya di Maybank Islamic Berhad, Plaza MWE Branch, Lebuh Farquhar, George Town dekat sini antara 19 Januari hingga 21 Oktober 2015.

Dia didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum lima tahun serta sebatan, dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Noor Azura Zulkiflee manakala Mohd Noor diwakili peguam Mohamad Amirrul Adli.

Hakim Zulhazmi Abdullah membenarkan Mohd Noor diikat jamin RM50,000 bagi kesemua pertuduhan berserta syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melapor diri setiap bulan di pejabat SPRM berdekatan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Beliau turut menetapkan 19 November ini bagi sebutan semula kes. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Alfa Romeo Marks the Quadrifoglio Legacy with Exclusive Giulia and Stelvio Collezione Models

Alfa Romeo has introduced two highly exclusive creations, the Giulia Quadrifoglio Collezione and Stelvio Quadrifoglio Collezione, developed in tribute to one of the brand’s most enduring icons — the Quadrifoglio. The emblem, first painted onto Ugo Sivocci’s Alfa Romeo RL when he won the 1923 Targa Florio, became the mark of the brand’s racing machinery for decades. In 1963 it shifted from the circuit to the road with the Giulia Ti Super, and from then on it distinguished Alfa Romeo’s most powerful and exclusive road-going models.That pivotal year forms the inspiration for this new Collezione series, which has been limited to just 63 units worldwide. Two Giulia units have been earmarked for the UK, while the rest will be distributed across Europe, the Middle East, China and Japan.
spot_img

Popular Categories