Friday, November 14, 2025
25.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pesta Budaya Nusantara 2025 di Ipoh rai kepelbagaian seni serantau

IPOH: Penganjuran Program Pesta Budaya Nusantara @ Ipoh 2025 menjadi medan kepada penggiat seni budaya mempromosikan produk dan kebudayaan masing-masing. Pesta ini mengetengahkan kekayaan warisan serantau melalui pelbagai aktiviti seni dan budaya.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Negeri Loh Sze Yee berkata pesta budaya itu menjadi platform penggiat seni memaparkan kreativiti tersendiri serta meraikan kepelbagaian warisan budaya serantau.

“Penganjuran pesta ini bertujuan mengeratkan hubungan serta persahabatan pelbagai negeri dan negara melalui aktiviti seni tarian, muzik, makanan dan barangan Nusantara,” katanya pada perasmian program itu di sini malam ini.

Pesta anjuran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) itu menampilkan persembahan tarian dan muzik tradisional oleh kumpulan seperti Gema Warisan Budaya MBI, Kumpulan Kebudayaan Orang Asal Perak, Sekolah Seni Perak, Gendang Muhibbah Perak, dan Kumpulan Bhangra “Dhol Star” Ipoh. Turut serta delegasi kebudayaan dari Indonesia dan Thailand.

Kemuncak acara menyaksikan persembahan gabungan gendang Melayu, Cina dan India yang menyemarakkan semangat muhibah serta mencerminkan jati diri masyarakat majmuk Malaysia – BERNAMA

Related

spot_img

Latest

XTransfer and KBank Team Up to Turbocharge International Trade Across ASEAN at SFF 2025

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 14 November 2025 - XTransfer, World's Leading B2B Cross-Border Trade Payment Platform and KBank, a leading regional financial institution in the AEC+3 market, announced the signing of a memorandum of understanding (MoU) at Singapore FinTech Festival 2025.

Meta Unveils Southeast Asia’s Most Impactful Reels Campaigns and Creators

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 14 November 2025 – Meta today announced the winners of the 2025 Southeast Asia Reels Impact Awards (RIA), celebrating the region's most innovative brands and creators who are pushing the boundaries of short-form video.

IPRS PRISM Awards 2025 honours communicators who innovate, inspire and lead through change

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 14 November 2025 -The Institute of Public Relations of Singapore (IPRS) held its biennial PRISM Awards on 14 November at the Pan Pacific Hotel, Singapore with over 150 guests in attendance.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories