Monday, November 10, 2025
24.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Piala Raja Thai: Malaysia tewas 0-2 kepada Jepun dalam separuh akhir

KUALA LUMPUR: Harapan Malaysia untuk melangkah ke final acara kuadran lelaki Kejohanan Sepak Takraw Piala Raja Thai 2025 musnah selepas tewas 0-2 kepada Jepun di Songkhla, malam ini.

Skuad negara yang dibarisi Muhammad Noraizat Mohd Nordin, Aidil Aiman Azwawi, Muhammad Shahalril Aiman Halim, Norfaizzul Abd Razak dan Mohammad Azlan Alias tumpas 11-15, 13-15 dalam aksi separuh akhir yang sengit berlangsung di Dewan Hatyai, Pusat Beli-Belah Central Hatyai.

Walaupun tewas dalam perlawanan kuadran, skuad regu berpasukan lelaki Malaysia mengekalkan rekod bersih dengan memenangi dua perlawanan Kumpulan B. Mereka berjaya mengalahkan Laos 3-0 pada perlawanan pagi dan mengulangi kejayaan sama menentang Jepun dalam aksi terakhir kumpulan.

Sebelum ini, Malaysia memulakan saingan kumpulan dengan kemenangan 3-0 ke atas Korea Selatan dan Myanmar – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

MEXC’s risk control, anti-fraud, and asset freeze measures: Building the security firewall for crypto users

In response to the rising wave of crypto scams and hacking losses, MEXC has implemented a comprehensive security framework combining AI-powered risk control, real-time fraud detection, and transparent asset freeze protocols. These measures not only protect users from manipulation and fund leakage but also redefine how trust and safety are built in the global crypto trading landscape.
spot_img

Popular Categories