the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, December 7, 2025
26 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM Anwar sumbang telefon bimbit baharu kepada sembilan aktivis FFC x TMTG

SEPANG: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyumbangkan telefon bimbit baharu kepada sembilan aktivis Malaysia yang menyertai misi Freedom Flotilla Coalition dan Thousand Madleens to Gaza (FFC x TMTG).

Sumbangan itu disampaikan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Azman Abidin pada majlis sambutan kepulangan aktivis FFC x TMTG di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Azman berkata Perdana Menteri menunaikan janji untuk menghadiahkan telefon bimbit kepada semua aktivis selepas telefon asal mereka dicampak ke dalam laut.

Kumpulan aktivis tersebut tiba dengan menaiki pesawat Turkish Airlines TK60 dari Istanbul pada 4.01 petang.

Kepulangan mereka disambut isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama beberapa menteri dan ahli keluarga.

Misi kemanusiaan FFC x TMTG melibatkan kira-kira 150 aktivis dari 25 negara yang menaiki sembilan kapal.

Kapal-kapal tersebut dipintas tentera Zionis ketika berada kurang 120 batu nautika dari Gaza sebelum ditunda ke Pelabuhan Ashdod.

Lapan rakyat Malaysia berada di atas kapal Conscience manakala seorang lagi doktor perubatan berada di atas kapal Umm Saad.

Semua aktivis kemudiannya dipindahkan ke penjara Ketziot di Negev, Israel sebelum dibebaskan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Polis tahan warga emas, rampas 30 mesin bitcoin

Polis menahan seorang lelaki warga emas dan merampas 30 mesin perlombongan bitcoin dalam serbuan di Balik Pulau kerana menggunakan sambungan elektrik tidak sah.

Most Viewed

Polis tahan warga emas, rampas 30 mesin bitcoin

Polis menahan seorang lelaki warga emas dan merampas 30 mesin perlombongan bitcoin dalam serbuan di Balik Pulau kerana menggunakan sambungan elektrik tidak sah.
spot_img

Popular Categories