the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, December 10, 2025
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis siasat dakwaan remaja perempuan OKU dicabul rakan sekelas

Polis sedang menyiasat dakwaan remaja perempuan OKU dicabul rakan sekelas di tandas sekolah menengah Cheras pada Selasa lepas.

KUALA LUMPUR: Polis sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian seorang remaja perempuan Orang Kurang Upaya (OKU) yang mendakwa dicabul oleh rakan sekelasnya.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata pihaknya telah menerima laporan polis berhubung kejadian di sebuah sekolah menengah di Cheras pada Selasa lepas.

“Satu laporan polis sudah diterima dan siasatan sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

BACA: Doktor tidak mengaku bersalah empat tuduhan cabul dan aib wanita

Setakat ini, polis belum memaklumkan peruntukan undang-undang yang digunakan dalam siasatan tersebut.

Difahamkan kejadian itu disedari ibu mangsa selepas remaja berusia 16 tahun itu memaklumkan bahawa seorang pelajar lelaki menariknya masuk ke dalam tandas sebelum bertindak mencabulnya.

Mangsa bagaimanapun berjaya melarikan diri dan keluar dari kawasan sekolah sebelum memaklumkan kejadian kepada ibunya.

Susulan itu, laporan polis dibuat di Balai Polis Cheras untuk tindakan lanjut. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Hang Lung Expands Retail Portfolio in Wuxi, Marking Another Milestone of Their V.3 Strategy

ONG KONG AND SHANGHAI - Media OutReach Newswire - 9 December 2025 - Hang Lung Properties Limited (SEHK Stock Code: 00101) ("Hang Lung" or the "Company") today announced a partnership with Wuxi Liangxi City Development Group Co., Ltd.* to secure a long-term operating lease for a landmark commercial redevelopment project in central Wuxi.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories