Thursday, November 13, 2025
21.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Rubio dijadual bertemu Menteri Luar China Wang Yi di KL

WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat Marco Rubio dijadual mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar China Wang Yi di Kuala Lumpur pada Jumaat, di sela-sela Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 dan mesyuarat berkaitan, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik jadual rasmi Jabatan Negara AS.

“Setiausaha Rubio akan bertemu Pengarah Suruhanjaya Hal Ehwal Luar Parti Komunis China (PKC) merangkap Menteri Luar Wang Yi di Kuala Lumpur, Malaysia,” menurut kenyataan jadual berkenaan.

Pertemuan itu dijadual berlangsung pada 3 petang waktu tempatan (07:00 GMT) – BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories