Wednesday, November 12, 2025
22 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sekolah di Sarawak kurangkan aktiviti luar bilik darjah akibat jerebu

KUCHING: Pengurusan sekolah di Sarawak dinasihatkan supaya mengehadkan aktiviti luar bilik darjah bagi mengurangkan risiko pelajar terdedah kepada masalah kesihatan susulan keadaan berjerebu dan cuaca panas berterusan.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Sarawak Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, “Macam biasalah kalau jerebu, kalau kegiatan aktiviti di luar memang kita tidak digalakkan. Sebab dari segi kualiti udaranya, tidak selamat kerana berjerebu.”

Beliau menyarankan agar aktiviti luar kelas digantikan dengan aktiviti dalam bangunan bagi mengelakkan pendedahan kepada jerebu.

“Kita juga kena ambil langkah pencegahan dan berwaspada, kerana bacaan jerebu juga tinggi dan dapat hidu bau asap yang kuat semasa cuaca seperti ini,“ katanya.

Fatimah turut menekankan pentingnya pemantauan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) sebelum sebarang aktiviti luar dijalankan. “Pihak sekolah juga diminta sentiasa memantau bacaan IPU sebelum membuat sebarang tindakan,“ jelasnya.

Laporan media tempatan menyatakan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) merekodkan kualiti udara pada tahap sederhana di semua 18 stesen pemantauan di Sarawak. Lundu mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu 88, manakala Kuching kekal pada 74. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Digital Earth session at 2025 WSTDF advances SDGs

The Digital Earth Session at the 2025 World Science and Technology Development Forum (WSTDF) united experts from around the world to explore how Big Data and AI can strengthen global action on the Sustainable Development Goals (SDGs). Speakers from leading institutions, including ISDE and CBAS, shared new insights on open data, digital governance, and collaborative frameworks such as the Digital Sustainable Development Goals Programme (DSP). The session concluded with the launch of the Digital Earth Initiative for the SDGs, reaffirming that sustainable progress depends on both technological innovation and global partnership.

Ariana Grande’s Wax Figure Lands in at Madame Tussauds Singapore

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 11 November 2025 - Wicked fever is about to sweep across Sentosa Island! Madame Tussauds Singapore joins in the excitement by welcoming pop royalty Ariana Grande's wax figure, just in time for the highly anticipated release of Wicked: For Good.
spot_img

Popular Categories