Tuesday, November 11, 2025
23.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

SPIA Malaysia tangkap lebih 52 tan ikan bandaraya di seluruh Malaysia

IPOH: Skuad Pemburu Ikan Asing (SPIA) Malaysia berjaya merekodkan lebih 52 tan tangkapan ikan bandaraya di seluruh Semananjung Malaysia sejak ditubuhkan pada 2022.

Pengasasnya Mohamad Haziq A Rahman berkata daripada jumlah itu sebanyak 30 tan ditangkap di Lembah Klang khususnya di Selangor, manakala baki 22 tan melibatkan negeri lain seperti Perak, Negeri Sembilan, Johor, Melaka, Pulau Pinang dan Kedah.

“Data ini menunjukkan bahawa spesies ikan bandaraya ini sememangnya antara spesies pendatang yang mendomisasi perairan sungai dan memberi kesan buruk kepada spesies tempatan serta ekosistem sungai.

“Tangkapan yang dibuat ini juga hanya membabitkan negeri di sebelah utara dan selatan. Setakat ini, kita belum memasuki (untuk tangkapan) ke negeri-negeri sebelah Pantai Timur,” katanya ketika ditemui sempena Program Grand Prix Memburu Ikan Asing Jabatan Perikanan Negeri Perak di Taman Dr. Seevinisagam, di sini, hari ini.

SPIA Malaysia merupakan sebuah komuniti diasaskan oleh pemancing dan nelayan darat yang bergerak secara sukarela dan aktif di lapangan bagi membanteras ikan bandaraya selain mempunyai lebih 1,000 ahli di seluruh Semenanjung Malaysia.

Mohamad Haziq berkata meskipun pemantauan dan penangkapan di lapangan dibuat secara konsisten sejak dua tahun lepas, namun populasi spesies tersebut masih tinggi di kebanyakan sungai utama di negara ini.

“Malah di beberapa lokasi baharu, kami masih boleh menangkap sehingga dua tan dalam masa satu hingga dua jam jika tenaga kerja ditambah. Ini menunjukkan spesies ini masih banyak dan memerlukan tindakan lebih drastik,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata kesedaran masyarakat terhadap isu ini juga semakin meningkat, selaras dengan kecenderungan orang ramai menularkan isu pelepasan ikan asing di media sosial, serta menunjukkan minat terhadap usaha pemuliharaan perairan tempatan.

“Pertandingan yang dianjurkan (Jabatan Perikanan Perak) ini adalah antara contoh pemuliharaaan. Kita harap ia usaha yang berterusan bagi memastikan impak kehadiran ikan ini dapat dibanteras dengan baik,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Pengerusi Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri Teh Kok Lim berkata mana-mana pihak yang ingin melakukan pelepasan ikan air tawar ke perairan umum, perlu merujuk kepada Jabatan Perikanan Negeri selaku pihak bertanggungjawab.

Beliau berkata ia bagi mengelakkan gangguan terhadap ekosistem selain memberi impak negatif kepada komuniti setempat terutamanya pengusaha perikanan dan sektor pelancongan berasaskan alam semula jadi.

“Kerajaan negeri memandang serius isu ini, banyak ikan dari spesies ikan baung ekor merah, peacock bass dan bandaraya yang dilepaskan di perairan umum negeri ini.

“Saya ingin maklumkan pelepasan ikan asing tanpa kelulusan juga akan dikenakan tindakan undang-undang mengikut Akta Perikanan 1985 dan peraturan-peraturan berkaitan,” katanya- BERNAMA

Related

spot_img

Latest

Superstar G-Dragon Elevates Hanoi’s Ocean City as a New Global Music Destination

HANOI, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 11 November 2025 - On the nights of November 8 and 9, Ocean City was almost bursting with energy as the G-DRAGON 2025 WORLD TOUR [Übermensch] IN HANOI, presented by VPBank and organized by 8Wonder, welcomed nearly 100,000 domestic and international fans.

HKSTP Debuts at SWITCH 2025 Singapore with Hong Kong Startups Shining at Prestigious SLINGSHOT Pitch Event

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 11 November 2025– Hong Kong Science and Technology Parks Corporation (HKSTP) showcased a delegation of 10 standout startups from AI, Urban & Environment and Health & Wellness for its first-ever HKSTP pavilion at Singapore Week of Innovation and Technology (SWITCH) 2025, held on 29-31 October.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories