the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, December 16, 2025
21.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Suspek kedua kes tembak Sungai Golok miliki dua kerakyatan

Polis sahkan suspek kedua kes tembak mati di Sungai Golok mempunyai dua kerakyatan, masih diburu pihak berkuasa Thailand

MACHANG: Polis mengesahkan suspek kedua dalam kes seorang lelaki rakyat Malaysia ditembak mati di pekan Sungai Golok pada 1 Nov lepas mempunyai dua kerakyatan. 

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata setakat ini tiada tangkapan dilakukan dan suspek masih diburu pihak berkuasa Thailand.

“Mengikut maklumat, suspek masih dalam buruan polis Thailand, selain pihak kami turut bekerjasama dengan pihak berkuasa di sana dalam membantu mengesan suspek di sini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Machang di sini hari ini.

Bernama sebelum ini melaporkan polis Thailand sedang mengesan seorang lagi suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tembak mati itu.

Ketua Polis Wilayah Narathiwat Mej Jen Prayong Kotsakha dilapor berkata suspek dikenali sebagai Salip Samae, 27, merupakan penduduk tempatan dan adik kepada seorang lagi suspek, Alif Samae, 31, yang telah menyerah diri kepada polis pada 2 Nov lepas.

Sementara itu, Mohd Yusoff menegaskan bahawa tiada istilah “angkat tangan” untuk melepasi kawalan di pintu sempadan Malaysia-Thailand termasuk bagi orang kenamaan.

“Untuk melepasi pintu sempadan di Malaysia, dokumen perjalanan sah atau pas sempadan diperlukan walaupun mereka bergelar orang kenamaan. 

“Kad gabenor yang dimiliki seperti yang didakwa hanya sah digunakan di Thailand, bukan di Malaysia. Taktik “angkat tangan” seolah menjadi tradisi, sebab itu saya menahan mereka supaya amalan ini tidak berterusan,” katanya.

Menurutnya pengalaman terdahulu menunjukkan bahawa taktik itu sangat berbahaya.  

““Di Pulau Pinang, anggota kami yang menggunakan cara “angkat tangan” akhirnya terbongkar apabila mereka membawa masuk bom tangan, senapang dan pistol untuk dijual…mereka yakin tidak akan diperiksa,” katanya.

Pada 7 Nov lepas, polis menahan lapan individu selepas memasuki Kelantan tanpa dokumen sah, dipercayai dengan hanya mengangkat tangan, di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang.

Beliau berkata pihaknya kini menunggu arahan selanjutnya daripada Timbalan Pendakwa Raya. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Relief Therapeutics and NeuroX Complete Business Combination and Form MindMaze Therapeutics

GENEVA, SWITZERLAND - EQS Newswire - 15 December 2025 -MindMaze Therapeutics Holding SA (SIX: MMTX) (MindMaze Therapeutics or the Company) announced today the completion of its business combination with NeuroX Group SA (NeuroX), a commercial-stage company delivering evidence-based, precision digital treatments for neurological diseases.

Hong Kong High Court Convicts Lai Chee-Ying of Collusion to Endanger National Security

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 15 December 2025 - The Court of First Instance of the High Court of the Hong Kong Special Administrative Region (HKSAR) today (December 15) convicted Lai Chee-ying and three associated companies (Apple Daily Limited, Apple Daily Printing Limited, and AD Internet Limited) in a case involving a total of three charges of offences endangering national security.
spot_img

Popular Categories