Wednesday, November 12, 2025
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tang Jie-Ee Wei lupakan status juara dunia, fokus Masters China

KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menganggap tempoh ‘bulan madu’ selepas muncul juara dunia sudah berakhir, dan kini memberi tumpuan sepenuhnya pada Kejohanan Badminton Masters China 2025, bermula Selasa depan.

Ee Wei mengakui gelaran juara dunia itu adalah impian yang menjadi kenyataan, namun beliau dan Tang Jie bertekad untuk tidak terlalu dibuai dengan kejayaan itu.

Sebaliknya, beliau berkata keutamaan mereka kini adalah untuk meneruskan momentum serta mempamerkan prestasi konsisten pada setiap kejohanan yang disertai.

“Bagi kami, gelaran juara dunia sudah pun berlalu. Kami tidak mahu terlalu fikir bahawa kami ini juara dunia atau apa.

“Kami hanya mahu fokus kepada corak permainan kami dan menikmatinya. Yang penting kami kekal fokus, merendah diri dan terus bekerja keras,” katanya kepada media semalam.

Pasangan nombor tiga dunia itu membuat keputusan untuk tidak menyertai Terbuka Hong Kong minggu ini selepas kejayaan pada kejohanan dunia di Paris, Perancis bulan lepas.

Pada Masters China yang juga kejohanan bertaraf Super 750, Tang Jie-Ee Wei mendapat undian yang agak baik apabila dijadualkan memulakan kempen menentang pasangan Amerika Syarikat Chen Zhi Yi-Francesca Corbett pada pusingan pertama.

Sebagai rekod, gandingan Malaysia itu mara ke separuh akhir sebelum tewas kepada bekas beregu nombor satu dunia dari China Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping pada edisi tahun lepas – BERNAMA

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Hataoka wins TOTO Japan Classic in playoff

Japan’s Nasa Hataoka captured her seventh LPGA Tour title after defeating compatriot Yuna Araki in a playoff at the rain-shortened TOTO Japan Classic. Both players finished tied on 15-under-par 201 after three rounds at Seta Golf Course, with officials cancelling Sunday’s final round due to unplayable conditions. The playoff, held on a shortened par-three 18th, saw Hataoka make par to Araki’s bogey for her first LPGA win since the 2022 LA Open. “It was a unique win for me,” said Hataoka. “It’s unfortunate the tournament got shortened, but winning in front of Japanese fans means so much.”
spot_img

Popular Categories