Wednesday, November 12, 2025
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

WUG 2025: Kuartet 4x100m kota janji ke final

KUARTET 4×100 meter (m) lelaki negara mengotakan janji apabila melangkah ke final pada temasya Sukan Universiti Dunia (WUG) Rhine-Ruhr 2025 di Lohrheidestadion, di sini awal pagi tadi waktu Malaysia.

Pada aksi pusingan pertama, kuartet Muhammad Azeem Mohd Fahmi, Pengiran Aidil Auf Hajam, Mohammad Thaqif Mohammad Hisham dan Aliff Iman Mohd Fahimi menamatkan saringan satu di tempat ketiga dengan catatan masa 39.83 saat (s) di belakang pemenang Afrika Selatan (38.85s) dan India (39.21s).

Catatan 39.83s itu merupakan rekod terbaik musim ini bagi kuartet 4x100m negara sementara rekod kebangsaan ialah 39.09s yang dicipta pada 2022.

Turut beraksi pada final selain Afrika Selatan dan India ialah Jerman, Poland, Turkiye dan Thailand.

Pada masa sama, atlet lompat kijang wanita Nurul Ashikin Abas juga berjaya mara ke final selepas melakukan catatan terbaik musim ini, iaitu 12.98m dalam pusingan kelayakan Kumpulan B.

Dalam pada itu, skuad olahraga turut menempah tiket final dalam 4x400m wanita selepas kuartet Mandy Goh Li, Nurul Aliah Maisarah Nor Azmi, Chelsea Cassiopea Evali Bopulas dan Hizillawanty Jamain menamatkan saringan dua di tempat keempat dengan catatan musim terbaik 3 minit 55.21s.

Sementara itu, Wan Muhammad Fazri Wan Zahari tidak berjaya ke final 800m lelaki selepas merakam masa 1:49.87s di kedudukan keenam dalam separuh akhir satu manakala Grace Wong Xiu Mei terkandas di pusingan kelayakan baling tukul besi wanita.

Kesemua aksi final akan berlangsung petang ini waktu Malaysia – BERNAMA

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Ezhou Huahu International Airport emerges as a major air cargo hub in China as international freight throughput more than doubles

Ezhou Huahu International Airport is rapidly transforming into one of China’s top air cargo hubs, with international freight throughput surging 138% year-on-year in the first three quarters of 2025. The airport has expanded its network to 45 international and regional routes, connecting central China to major global markets within hours. Backed by a growing bonded zone, e-commerce ecosystem, and industrial cluster, Ezhou is reinforcing its role as a vital gateway on the “Air Silk Road”, ensuring faster, more efficient delivery of goods worldwide.
spot_img

Popular Categories