the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Azalina: Inisiatif penstrukturan semula AIAC dilaksana secara berfasa

PUTRAJAYA: Inisiatif penstrukturan semula Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) akan dilaksanakan secara berfasa melibatkan pembaharuan tadbir urus Pusat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said (gambar).

Dalam hantarannya di rangkaian sosial X, Azalina berkata penstrukturan semula itu turut melibatkan pengenalan Mahkamah Timbang Tara AIAC mengikut pindaan undang-undang sedia ada.

Beliau berkata penginstitusian Lembaga Penasihat AIAC yang beralih kepada Lembaga Pengarah AIAC, berusaha untuk membuktikan pembangunan strategik Pusat pada masa hadapan.

“Inisiatif penstrukturan ini antara lain akan melibatkan pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang diamanahkan untuk menguruskan operasi dan pentadbiran harian Pusat,” katanya.

Azalina mengumumkan pemformalan Perjanjian Tambahan kepada Perjanjian Tuan Rumah (HCA) antara kerajaan Malaysia dan Pertubuhan Perundingan Undang-Undang Asia Afrika (AALCO) di AIAC Malaysia hari ini.

Beliau berkata inisiatif itu merupakan pencapaian penting bagi AIAC sejak pelantikannya pada 1978 kerana ia menandakan pelancaran rasmi beberapa pembaharuan penting dari aspek tadbir urus, struktur dan pentadbiran.

“Ia sememangnya satu lonjakan luar biasa daripada penjenamaan semula AIAC semasa saya memegang jawatan menteri sebelum ini pada 2018, yang menyaksikan pengantarabangsaan identitinya daripada Pusat Timbang Tara Serantau Kuala Lumpur (KLRCA) ke Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) Malaysia,” katanya.

Azalina berkata agenda pembaharuan institusi mengesahkan dedikasi berterusan kerajaan Malaysia untuk mengukuhkan peranan dan fungsi AIAC, selaras dengan mandatnya sebagai Tuan Rumah di bawah HCA dan pengiktirafan status AIAC sebagai institusi bebas dan berkecuali di bawah AALCO.

Beliau berkata kerajaan juga telah memberi kebenaran supaya AIAC terus menduduki dan menggunakan Bangunan Sulaiman bagi tujuan pengoperasian AIAC bagi mengekalkan pertumbuhan Pusat yang mampan.

“Saya gembira AALCO telah mengiktiraf dan mengalu-alukan inisiatif itu yang selaras dengan piawaian antarabangsa institusi timbang tara yang mantap,” katanya.

Menteri itu juga mengucapkan terima kasih kepada AALCO dan Setiausaha Agungnya, Dr Kamalinne Pinitpuvadol atas sokongan dan sumbangan kepada inisiatif pembaharuan tersebut.

Sementara itu, beliau memberi jaminan kepada AALCO bahawa mempromosikan Malaysia sebagai pusat timbang tara pilihan sentiasa menjadi keutamaan Kerajaan MADANI dalam usaha berterusan untuk meletakkan AIAC dalam kedudukan penting di peringkat pusat timbang tara antarabangsa. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Freshening Leverages Shopee’s Integrated Solutions to Scale Consumer Brand Zappy

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - As more established Singapore businesses adapt to changing consumer shopping habits, Shopee is helping manufacturers strengthen direct relationships with consumers through e-commerce, enabling traditionally B2B businesses to build recognised consumer brands and drive long-term growth.

1win Breaks World Record by Bringing Football to the Top of Bogotá

BOGOTÁ, COLOMBIA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - 1win, in partnership with Colombian football creators FUTTO, has officially set a world record by organizing the highest football match ever played on top of a building.

BDMS Launches WellEra Bangkok, a US$865 Million Wellness Complex With Capella Hotel Group as...

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Bangkok Dusit Medical Services Public Company Limited (BDMS), one of Asia-Pacific's leading healthcare providers, has unveiled WellEra Bangkok, an approximately US$865 million (THB 29 billion) wellness-integrated development that reimagines how the built environment can actively support healthier, longer lives.

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings