the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

10 individu ditahan disyaki terlibat penipuan pelaburan Warburg Pincus, rugi RM21.9 juta

KUALA LUMPUR: Polis menahan 10 individu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan sindiket penipuan pelaburan ‘Warburg Pincus’ yang mengakibatkan kerugian RM21.9 juta, susulan beberapa serbuan di tujuh negeri pada 30 dan 31 Julai.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata pihaknya menahan lima lelaki dan lima wanita selepas beberapa serbuan di Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Perak, Kedah, Sabah dan Sarawak, setelah 44 kertas siasatan dibuka Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat ini.

Beliau berkata suspek berusia 21 hingga 52 tahun itu, dipercayai berperanan sebagai pemilik syarikat serta perniagaan dan pengarah syarikat bagi menjalankan kegiatan tersebut.

“Lapan telefon bimbit, satu kad ATM dan salinan dokumen pendaftaran syarikat dirampas.

“Dengan menggunakan nama syarikat pelaburan yang terkemuka dunia iaitu ‘Warburg Pincus’ untuk meyakinkan mangsa, kita percaya mereka telah beroperasi sejak awal tahun ini dan beroperasi sepenuhnya secara dalam talian menggunakan Facebook dan WhatsApp,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Ramli berkata iklan promosi pelaburan dibuat menggunakan sistem algorithma Facebook dengan pulangan setinggi 11 hingga 15 peratus sebulan ditawarkan kepada pelabur.

Beliau berkata sindiket turut menawarkan khidmat ‘cikgu trading’ untuk membimbing pelabur, seterusnya meminta mereka memuat turun aplikasi palsu yang dihantar melalui pautan di WhatsApp.

Ramli berkata kemudian mangsa akan diarahkan untuk memasukkan wang ke akaun keldai atas nama syarikat dan perniagaan, sebelum boleh memulakan pelaburan yang akhirnya mereka tidak dapat membuat sebarang pengeluaran keuntungan selepas itu.

Beliau berkata sebanyak 20 akaun bank milik pelbagai perniagaan dan syarikat telah dikenal pasti disalahgunakan sebagai akaun keldai, untuk menerima wang daripada mangsa terlibat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan sehingga kini, siasatan telah berjaya membuat penyitaan di bawah Seksyen 50(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 terhadap 35 akaun bank bernilai lebih RM162,000,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The Third International Summit of Religious Leaders in Kuala Lumpur Calls for Youth Empowerment

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - The Third International Summit of Religious Leaders 2026 concluded in Kuala Lumpur with the participation of His Excellency Sheikh Dr. Mohammed bin Abdulkarim Al-Issa, Secretary-General of the Muslim World League and Chairman of the Organization of Muslim Scholars.

UnionPay showcases innovations with 15 ecosystem partners at 2026 China International Financial Exhibition

UnionPay joined 15 ecosystem partners at the 2026 China International Financial Exhibition to showcase advances in global payments, cross-border QR interoperability, artificial intelligence, digital finance, and consumer growth solutions, highlighting its expanding international network and open fintech innovation ecosystem.

Ex-justice minister gets 25 years for S. Korea martial law role

A court sentenced ex-justice minister Park Sung-jae to 25 years for his role in Yoon Suk Yeol's 2024 martial law declaration.

Focus Graphite announces SEDAR+ filing of the NI 43-101 technical report with the updated...

Focus Graphite has filed an updated NI 43-101 technical report for its Lac Tetepisca Project in Quebec, outlining one of the world's largest identified graphite deposits with 120.2 million tonnes of indicated resources and significant expansion potential to support future battery-material supply chains.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings