the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

12 mangsa nahas bas masih dirawat di hospital

KUANTAN: Sebanyak 12 mangsa kemalangan bas persiaran di Jalan Kuantan-Segamat, Rompin semalam masih menerima rawatan di hospital di sini, Rompin, Segamat dan Melaka.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Nor Azman Yusof berkata mangsa terdiri daripada lapan guru, dua kerani, seorang suri rumah dan seorang pelajar.

“Lima mangsa sedang menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, Hospital Muadzam Shah, Rompin (satu), Hospital Segamat, Johor (dua), Hospital Melaka (satu) dan pusat perubatan swasta (tiga),” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam nahas jalan raya awal pagi semalam, empat maut manakala 35 cedera selepas bas yang dalam perjalanan membawa rombongan Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah, Melaka ke Terengganu untuk menghadiri program penanda aras terbabit dalam kemalangan.

Mangsa yang maut ialah Penolong Kanan Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram Hasnatul Adilah Hassan, 48, pemandu kedua bas Hadi Asyraf Mad Idris, 29, pembantu operasi sekolah Hamzah Ahmad, 60 dan guru, Dahlia Ahmad, 52.

Bas yang membawa 39 penumpang termasuk dua pemandu dilaporkan terbalik di cerun jalan selepas hilang kawalan dan merempuh sebuah treler yang membawa muatan gelung besi.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings