the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
28.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

1BestariNet: Semua pihak dinasihat tidak buat spekulasi – SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyeru semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung siasatan terhadap perkhidmatan 1BestariNet di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya menjalankan penyiasatan secara profesional berhubung pemberian tender bernilai RM4 bilion kepada YTL Communications Sdn Bhd (YTL) bagi memastikan keadilan kepada semua pihak yang terlibat.

Beliau menegaskan bahawa SPRM akan mematuhi semua proses sewajarnya dalam memastikan ketelusan siasatan, dan menyeru agar semua pihak mengelakkan daripada membuat spekulasi.

“Kami juga akan mempertimbangkan pembelaan yang dikemukakan oleh YTL,“ katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Azam berkata masih terlalu awal untuk SPRM membuat sebarang kesimpulan memandangkan siasatan melibatkan pertikaian teknikal berkaitan pelaksanaan projek antara KPM dan YTL.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan bahawa SPRM akan berusaha mempercepatkan siasatan sebaik mungkin.

Semalam, YTL dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia memaklumkan bahawa tender 1BestariNet diberikan kepada syarikat itu berdasarkan bidaannya yang memenuhi keperluan teknikal dan lebih efektif dari segi kos berbanding 18 pembida lain, sekali gus menunjukkan keupayaan dan merit syarikat tersebut.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings